Source : ainulyaqin.blogspot.com
Tika tewas dengan kehidupan kita perlu muhasabah diri, kembali semula kepada Allah, mohon keampunan dan petunjuk.
Mungkin kita telah jauh daripadaNya. Jauhnya kita daripada Allah yang membuatkan perjalanan hidup kita suram dan gelap.
Mungkin juga Allah sengaja mahu menguji iman kita. Mahu melihat sejauh mana kita pasrah dan redha dengan ketentuanNya.
Mungkin Allah mahu memberi ilmu dan mendidik kita.
Mungkin juga Allah mahu mengangkat darjat dan martabat kita pada satu tahap yang lebih tingi dengan ujian yang diberikan.
Walau apa pun kemungkinannya, kita sebagai hamba tidak selayaknya mempertikaikan sama sekali apa saja keputusan daripada Allah.
Mukmin yang baik akan akur dan redha dengan semua suratan yang Allah zahirkan dalam kehidupannya.
Kita tidak akan tahu qada' dan qadar Allah SWT, itu rahsia dalam rahsiaNya. Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti akan berlaku.
Belajarlah untuk melepaskan, usah dicalarkan iman dengan istilah 'jika' dan 'kalau'.
Innalillah, redha dan pasrahlah dengan ketentuan Allah.
Renungilah setiap kejadian itu, tentu ada hikmahnya.
No comments:
Post a Comment