Sejujurnya aku tak prepare diri untuk kehidupan selepas bersalin. Kononnya nak Go with the flow. Tapi sebenarnya aku silap. Ilmu memang perlu dicari seperti mana aku ready kan mental untuk hadapi episiotomi. Episiotomi tu procedure 2-3 saat je. Sedangkan kehidupan slps ada anak ni penuh pancaroba dan memakan masa yang lama. Nape lah benda mudah camtu pun takleh fikir. Tsk tsk
Kesan yang paling ketara selepas bersalin;
1. Handphone aku berada dalam silent mode selama seminggu
2. Komen fb/wasap/fb chat semua xterbalas (sempat baca aje)
3. Anak menangis tak tau nak buat apa
4. Pengurusan masa kacau bilau. Tak tau bila nak urus anak, bila nak urus suami, bila nak urus diri sendiri. Takde la urus mana pun tapi ko akan rasa hidup ko terlalu hectic
5. Makan xlalu & diri penat serta stress
6. Over sensitive & semua benda nak rasa down
Bak kata mader qiah, ni semua Postpartum blues org panggil. Kalau dah ready mental dan fizikal dari awal mungkin tak kena kut. Insha allah.
Sekarang ni aku dalam proses belajar benda2 baru. Terima cabaran2 baru. Menyusun masa sebaiknya dan yang paling utama aku kena banyak3 belajar untuk sabar dan tak cepat give up!
*tetiba menyesal pulak tak fight untuk 3 bulan cuti. Blues aku ni dah membuang masa cuti bersalin. Sigh!
*Tq pada kekawan yang byk membantu mengenai bf terutama pd mader qiah & lin
Firstly mind setting kena betul. Macam BF juga.
ReplyDeleteKalau kita set kita suka, kita happy, kita boleh, so ia akan jadi seperti mana yang kita set lah.
Semua orang yang bersalin anak pertama rasa benda yang Kak Juju rasa sekarang ni. Just bersabar dan go with the flow, so everything akan jadi back to normal. It takes time, then, lama-lama akan jadi biasa.
Bersabar dan enjoy the moment ye. Mak dalam pantang takleh stress2.
Senyum :)
Tulah..loooooong way to go. Apa pun TQ ain. Stress mmg ada sbb dalam proses belajar ni banyak gagalnya *sigh
ReplyDeleteJuju.. please dun stress.. ibu berpantang jgn stress2. Sik bagus bah.. aku yg dah 3x beranak ni pun masih dlm proses menyesuaikan diri xabis2... sabar ya sahabat... mohon Allah bantu permudahkan urusan hang..
ReplyDeletecongrats ju :)
ReplyDeletelife after baby ni memang totally lain, kadang kalau baca macam-macam pon tetap tak sama pengalaman sebenar.
trykan dapat rehat yang cukup, macam ko tido sama waktu baby tengah tido. normally first month ni memang rasa tunggang terbalik sikit especially kalu baby jenis berjaga malam. yang penting kita kena kuat dan sihat dulu, lepas tu baru boleh take care baby and husband.
pengalaman aku yang no.3 bebaru ni memang mencabar. nak recover dari caesar, lepas tu bf sangat menyakitkan first 2 weeks tu, baby suka menyanyi di malam hari, bila dia nangis aku pun nak nangis sama huhu
insyaAllah dipermudahkan ye.
Syak..aku selalu lah byg korang2 yg ada anak lebih daripada sorg. Nampak mcm easy peasy je nak handle. Tp tu yg laki ku bising, jangan nk compare dgn org bole tak sbb benda tu akan menstress kan aku lagi
ReplyDeleteHas, anak aku ni pun asal malam menyanyi jgk sbb perut dia mcm xselesa. Tambah plak skrg dia demand susu 24 jam, perut kecik, sudahnya jeluak. Haish. Aku belum dapat lagi lah ikut timing dia. Dia tdo siang, time tu lah aku nk melayan tv ke, nk nyusun baju lah..ntah2 apa2 bnda mgarut lagi lah yg aku nk buat. Sudahnya mlm kui 12 aku dh mgantuk mcm org gilak