Assalamualaikum.
Kisahnya semua2 pendaftaran ni mmg dah buat online, tp hari ni kena serahkan semua bukti2 penyertaan macam slip gaji, menyemak nama dan IC players dan etc etc
Bermula dari lepas breakfast, terus ktorg ke Dewan 2020. Ada taklimat ringkas daripada pengarah teknikal. Dengar citer ada sini situ sana sikit isu pasal penginapan. Syukur presiden KESURETA tegas dgn management untuk tidak menempatkan semua player dan delegasi di hostel.
Lepas taklimat ringkas, ada meeting untuk setiap acara pulak. Meeting dart agak huru hara bila urusetia buat jadual JOHAN bertemu JOHAN. Tak pernah dibuat orang. Alhamdulillah selepas perbincangan dan mendengar pandangan di antara Urusetia dan otai2 dart, satu keputusan dapat dicapai. Phewww!!
Selesai meeting setiap acara tu, terus kitaorg gerak ke UNIMAP cawangan Kubang Gajah pulak untuk sesi penyerahan bendera & pendaftaran kontigen. Alhamdulillah berkat pengalaman di UMT dulu, setiausaha berjaya menyelesaikan semua urusan dalam masa yang singkat tanpa ada sebarang masalah.
Selesai di Kubang Gajah, ktorg kena hadir meeting Bowling di Sg Petani pulak pukul 5 petang. Jadi ktorg terus jela gerak ke SP.
Otw ke SP ktorg sempat singgah di gerai Terliuq di Alor Setar..Ermmmm sedaaaap!!
Sampai Park Avenue ngam2 pukul 5pm. Meeting selesai sekitar jam 7pm. Pastu nk shoot balik Perlis semula.
Tudia penat atas jalan je kaaaan. Hari & perjalanan yang panjang. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment