Thursday, April 21, 2011

Perlis & Kedah - Day 3 (Siri Jelajah Edisi Jue Hairul)

Salam,

Maklumlah baru balik dari utara, so banyak la gambar nak di update..harap korang tak serik lah sbb aku nak share tempat² yg menarik utk korang lawat & tempat makan yg best utk korang rasa =)


1. Gua Kelam, Perlis
- Agak kuciwa sbb Gua Kelam dah tutup sejak banjir beberapa bulan lepas.  Jambatan dalam gua tu dihanyutkan bah.
- Perkhidmatan Keretapi di Gua Kelam pulak dah 2 tahun tidak beroperasi
- Jadinya kalu penduduk tempatan, depa pi mandi manda je la kat situ sbb air sgt² bersih, jernih dan sejuk kut..
- Utk pelancong cam kita ni, dapat kecewa dan sakit hati je lah =( sob sob sob~
{Gua Kelam}





2. Padang Besar, Perlis
- Disebabkan frust tak dpt masuk Gua Kelam, makanya kitaorg pun membawa lah hati yang lara ke Padang Besar :D
- Cuaca sgt² panas kat sana..sila bawa bekalan air minum yang mencukupi utk sepanjang perjalanan dalam kereta ataupun boleh singgah memana beli air minum
- Kat sana aku cuma rembat sehelai Tshirt utk H, kacang2, asam & pes tomyam je..Lelain barang aku rasa cam harga sama je mcm kat sini, so tak payah beli

{Padang Besar}


3.  Ladang Burung Unta (Ostrich)

- Otw balik dari Padang Besar, kitaorg ternampak Ostrich Farm..so singgah kejap gi ambik gambar si ostrich tu
- Tempat tu mungkin baru buat sebab tak berapa terjaga dan bukan macam untuk tarikan pelancong pun
- OK je lah, boleh tgk ostrich live gitu!



4. Kuala Perlis

- Sebelum meninggalkan negeri Perlis Indera Kayangan ni, kitaorg sesajalah menyinggah ke Kuala Perlis
- Kalau malam sure tempat ni happening
- Memandangkan siang, cuaca hangat lak tu, jadi kami cuma singgah, aku snap² pastu ktorg chow



5. Gurun

- Ni lah tempat family aku duduk dulu =)
- Its good to be home! walaupun cuma lalu kat jalan, aku sgt³ eksaited dan tersengih sepanjang jalan
- Banyak kenangan duduk dkt Kedah ni, dan aku mmg membesar di Kedah, walaupun aku bukan orang Kedah tapi aku sayang Kedah dan sampai sekarang dialect aku campur² dgn lorat Kedah -_-
- Kalau korang ke Gurun, sila lah singgah ke Gunung Jerai, aku tak sempat nak singgah hari tu

{Pekan Gurun}



6. Bedong

- Aku sempat bersekolah rendah di Bedong sekejap (masa darjah 6 lepas UPSR)
- Pekan Bedong ni lah tempat aku selalu singgah beli magazine omputih..dulu kan gile kan trio Hanson tu, siap call n booking tu :P gile fanatik tul
- Hari tu kitaorang singgah dkt gerai durian tepi rel Keretapi Bedong tu
- Kitaorang mintak durian isi oren, tapi takde jual..so makan durian kampung je la..sedap!
- Sebiji je makan, RM8

{Pekan Bedong}


7. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

- Ada jugak orang yang tak tau pasal Lembah Bujang ni sedangkan ada dlm buku Sejarah masa skolah menengah aku rasa, tp xtau lah kut syllabus dah tukar ke kan..huhuhu~
- Sayang betul sbb orang tak berapa nk datang tempat² gini
- Memandangkan H adalah pencinta alam, tempat ni mmg sangat sesuai lah
- Boleh bau hutan..manyak syiok
- Boleh tahan penat nak menapak naik bukit tu

{Candi Lembah Bujang}





8. Tg. Dawai

- Destinasi terakhir untuk hari ke-3 tu, kitaorg terus ke Tg. Dawai
- Kat sini korang boleh beli produk laut mcm belacan, keropok n etc lah
- Kitaorang cuma ada pergi makan ikan bakar je, dan mmg sgt bernasib baik lah sebab kitoarang dapat kedai yg masak saaaaaangaaat sedap!!
- Nama gerai tu IKAN BAKAR WARISAN WARUNG MAK NJANG
- Serius sedap dia masak, dan aku rasa rate harga bersesuaian dan murah berbanding KL
- Yang paling penting, masakan dia semua SEDAP!!
- Ikan siakap stim (saiz agak besar), tom yam campur, kailan ikan masin, ikan pari bakar, jus epal, teh ais : RM63

{Ikan Bakar Warisan Warung Mak Njang}




{Tg. Dawai}



Selesai makan di Tg. Dawai, kami ke Sg. Petani untuk carik tempat bermalam..Puas jugak berpusing sebab aku dah lupa lah hotel² dkt area mana..dulu zmn skolah mana nak cakne hotel ni haih..So dengan bateri tepon yg dah nyawa² ikan, kitoarang on GPS n carik hotel terdekat..

Memula ke swiss in, malangnya tinggal two single bed..confirm aku tak nak sbb masa kat Perlis aku kena tindih..eee tak mo aku tido asing..Then kitoarang ke Taman Sejati n check in hotel Emerald..Alhamdulillah akhirnya dapat berehat dan tido dengan selesa..

Syukur dengan peluang ini..Jom la visit Kedah ^_^


post signature

7 comments:

  1. Perjalanan yang penuh pengisian..The pics tell a thousand stories..bila la nak merasa jenjalan cenggitu..huhu

    ReplyDelete
  2. Syira, klu dgn anak2 excitement dia gaya lain lah pulak :D apa pun enjoy every journey or trip u had dan jgn lupa capture masuk camera..kenangan tu

    ReplyDelete
  3. best dpt pusing2 kedah..saye rasenye tak pernah sampi kedah lg..time kecik2 tak tau la..tak ingt

    ReplyDelete
  4. farah, klu bukan sbb terpaksa gi perlis tu, takde nya k.uli dpt gi jejalan gitu

    klu sesaja nk berjalan mesti fikir 10x kut..dah alang2 ke sana, tu yg abis tempat tawaf tu..klu pegi time outstation, tak sempat ke mana pun..sempat pegi kem, buat keje, pastu terus balik hotel..sob sob

    ReplyDelete
  5. jue...tang bedong tu yg tak tahan tu..hehehe..nak blk kg...

    ReplyDelete
  6. WOW! Bestnya! Aku tgh tak sabau nak gi berjalan ni... Tgk gambaq2 hang laaagi rasa nak pi roadtrip weih!

    ReplyDelete