Tuesday, August 31, 2010

Menu Berbuka 31 Ogos 2010

Salam,

SELAMAT HARI MERDEKA untuk semua readers/penyinggah atau tersinggah kat blog aku ni =)

Menu berbuka aku hari ni memang sempoi ajer, sebabnya aku tak payah fikir..aku cakap dkt H, abang tolong la bagi menu nak makan apa..jadi dia sebut itu sebut ini..Jadi ini lah menu berbuka kitaorg pada hari ni.

Kalau hari2 dia bagi menu siap2 kan senang..sebab biasanya jawapan dia 'ikut sayang lah apa pun'..huwaaa~

{Sayur Campur}

{Ayam Masak Kicap}

{Telur Dadar}

{Ikan Pekasam}
Ni aku yg nak makan

Monday, August 30, 2010

Iftar @ Hadramawt Chulan Square

Salam,

Jumaat lepas kitaorg geng IT bukak puasa sesama dekat Hadramawt Chulan Square..mmg sebelah ofis je pun ;) pegi jalan kaki je semua..

Tapii memang spoil betul la, aku tak setting kamera hp aku betul2 (tak reti pun ye jugak, sbb hari sabtu baru tau nak guna setting apa utk cahaya yg ala² terang tak terang gitu..cesss)

So ini je la yang dapat..skeeett la sangat, tak puas tgk gambar =( sorry geng!

Dari kiri ikut arah jam
{Ali & Wifey, K.Midah & Hubs, Me & H, Syira & Hubs}

Dari kiri ikut arah jam
{Jerry & Fakri, K.Midah & Hubs, Jeri & Ejal, Ali & Wifey}

{Ni lah lauk pauknya}


Kualiti gambar gile sucks..ampun!

Menu Berbuka Semalam - Edisi Campak²

Salam,

Memandangkan weekdays tiap kali berbuka aku mesti gi beli kat PARAM (hampir setiap hari lah), kekonon bila weekend tu, nak la masak jugak kan..kena la jugak 'jampi' tru makanan =) hehehe

Barang basah semua dah habis kat umah, so gi lah Carrefour Kepong, tapi malangnya semalam semua barang basah tak fresh langsung..jadiknya masak je la apa yg ada kat umah.

Walaupun nampak cam tak de la sedap mana menu yg aku masak tu, tp abis jugak lah kitaorg bertiga menketadarah :D sbb lapar kut noo

{Sayur Kacang Goreng}

{Sambal cili + tomato}

{Ayam rempah (belen yg perap hari tu)}

{Ikan Rebus Goreng}

{Sup Ayam}
Kantoi, terlebih minyak..huhuhu~ ni je yg spoil!

{Alhamdulillah, habis jugak lauk pauk}

Sunday, August 29, 2010

Mobile Broadband Sharing? Jom Ikut Cara Ni

Salam,

Aku adalah pengguna mobile broadband, nak beli sebijik modem tu pun bole tahan mahal..Hari tu adik aku urgent nak pakai internet, so aku bg lah dia pinjam..Memandangkan aku ni bole tahan internet tegar, aku pun rembat lah lagi sebijik modem broadband yang lain..So skrg ni dah ada 2 bijik modem kat umah aku ni..Larat ko nak topup dua2 modem tu? (Saya pengguna broadband prepaid =) Kenapa?

Rujuk sini;
  1. http://www.my-bittersweetlife.com/2009/08/testing-satu-dua-tiga.html
  2. http://www.my-bittersweetlife.com/2009/09/celcom-broadband-prepaid-vs-celcom.html

Apalah yg aku melalut ni, mukadimah panjang sangat..Okeh, jom ikut cara ni! korang takkan menyesal punya sbb kat umah aku ni, dengan hanya 1 biji broadband, kitaorg boleh surf internet menggunakan 2 biji laptop, 1 biji hp & 1 biji PSP..terbaek!!! So far kelajuan dia sangat3 memberangsangkan.

  1. Wajib ada  broadband modem!
  2. Pastu, sila beli router ini. Tak mahal sgt nak dibandingkan dengan modem tu, cuma RM118.  Bole di beli di Plaza Lowyat.
  3. Buat sedikit konfigurasi pada router tersebut.
  4. Plug in modem ke router.
  5. Tadaaa~ dah bole online tru wireless connection.






Friday, August 27, 2010

Hijrah & Kelahiran

Salam,

Kedua2 berita tersebut sangat menggembirakan aku

Alhamdulillah kawan aku sheryn dah berhijrah dari free hair ke bertudung..u look sweet dear (sila jangan perasan melampau seperti yg ko selalu buat tu) heheheh



Alhamdulillah k.as (colleague aku) dah selamat melahirkan bayi perempuan, semalam ada lah kitaorg (aku, k.midah & syira) buat lawatan cik kiah ke Hospital Pusrawi =)








Lovely Card From Manis

Salam,

Semalam balik keje, aku cek mailbox, tengok2 dapat surat dari Manis..then bila bukak, owh how sweet!

TQ Manis..we both lurve it!



Thursday, August 26, 2010

Resepi Ayam Rempah Kak Lia

Salam,

Aku hari tu ada lah terjah blog Kak Lia, pastu ada satu entry tu pasal ayam rempah..aku ni dengan laju je, terus type komen mintak resepi =)

Resepi dah dpt dari last week, tapi baru malam tadi buat..Sebab teringin jugak nak makan, lepas isyak tu aku perap n goreng ayam rempah ni 3 ketui, pastu ratah dengan sos depan tv..H tukang nganga je sebab ada orang yg menyuap..bila tanya sedap tak, sedap aje jawapannya..kang jawap tak sedap aku tak mau suap kang..hehehe

Ni lah ayam yg aku goreng


Resepi :

Bahan2
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih
  • Garam

Cara-cara

Blend kering kesemua bahan2 di atas, pastu perap dengan ayam beberapa ketika..pastu baru lah goreng..


nyum~

Wednesday, August 25, 2010

Alhamdulillah, Kenyang Gile!

Salam,

Hari ni kitaorg sampai rumah lambat gile..Semua sbb aku =(

  • Vendor lah, dtg pukul 4pm..mencik taw, dah la bukan org yang selalu tu..so troubleshooting pun tak smooth..End up not solving the issue pun!! Sian H dah lama menunggu
  • Bila gerak dari ofis lambat, jalan jem gile..gerak macam siput! Siput lagi cepat kut..dapat lak kete depan yg terhegeh2 nak mampus, bole muat kapal terbang kut space depan kete dia..huh!

Nasib memang dari awal lagi aku dah plan nak masak macaroni hari ni, so pepagi tadi masa subuh aku dah rebus macaroni kasi lembut..So blk tadi terus la bukak api atas dapur, gile gigih okeh, dgn beg bergalas tak lepas lagi tu..keletang keletung..
Alhamdulillah kitaorg sempat jugak berbuka dengan selesa & kenyang sangat..Alhamdulillah


Macaroni Cheese
(sepatutnya kaler putih, tp H tersalah bli sos kaler merah, tibai je la)

Resepi Klik Sini

Sunday, August 22, 2010

Berbuka @ Mom's

Salam,

Alhamdulillah semalam dapat lah berbuka dengan keluarga sbb kitaorg balik Sg. Besar, rumah mak aku..turn rumah mil maybe lagi 2 minggu kut sbb this week dah ada plan dengan sahabat baik.

Biasanya kalau balik sana, tugas memasak mmg aku lah yg ambik..so mama kekononnya dapat la 'bercuti' memasak seketika..tapi nando bercutinya..dia duk kalut menjahit, baju org tempah banyak..Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.

Untuk berbuka semalam, menu kitaorang (utk yg dah baca tweet aku & fb aku mesti dah tau) tapi tak kira, nk tulis jugak sini..Ayam Madu (mama masak), Sotong sumbat, Sambal udang petai, kailan ikan masin (semua saya masak..ecececeh), kuih tako n kuih bakar, air tebu & teh ais (fav saya)..Alhamdulillah kenyang sampai ke sahur..

Aku sempat snap gambar yg aku masak je lah..Menu2 lain tu tak dan dah haih, masa berbuka dah tak igt apa dah..hehehe

terliur nak makan lps k.midah kata dia buat menu ni
utk berbuka hari tu (aku ni mmg cepat terpengaruh kan)

{Sotong sumbat}

Resepi Klik Sini



{Kailan ikan masin}





{Sambal udang petai}




Tis year raya turn belah aku :D hoyeh3..so lebih kurang lagi 2 minggu, balik sg. besar lagi *saya tengah sengih sampai telinga nih!!

p/s : aku tertinggal beg pakaian kat umah mama..huhuhu~ nk blk raya nanti, sumbat masuk plastik je la kain baju jawapnya..

Thursday, August 19, 2010

Aktiviti Semalam 18082010

Salam,

Semalam aku cuti..kekonon nak feeling jadik surirumah, dpt anta suami gi keje (kat depan pintu je la) n sambut suami sampai..yg hantar tu mmg buat, tp yg sambut time balik tu mmg tak sempat sbb aku baru nak solat asar waktu tu..

Bangun tido pun dah lewat (yer, saya tido semula selepas solat subuh n lepas suami gi keje)..sedar2 kul 10am =) ngeee~ terus bukak lappy, cek email, buat entry dkt blog, carik resepi..pastu buat laundry n sapu sampah..

Kul 12pm aku dah masuk dapur nak buat kek..half way kukus kek tu, gas pulak abis..ya ampun, dugaan dugaan..lepas call gas delivery tu, 45 minit kendian (selepas aku 2x call & 1x H call) tu diaaa baru sampai gas..nasib kek aku menjadi jugak..

Gedebak gedebuk kul 5.45pm baru siap..mandi n solat asar pastu terus terbaring kepenatan..

Dalam proses - Kek Coklat Kukus

Dalam proses - Lamb & Nasi goreng

Nasib kek menjadi even half way, gas abis

Lamb

Whipped Potato

Nasi Goreng


TQ sayang for these lovely roses
3 roses = i love u
i love u too ;)

Wednesday, August 18, 2010

18082010 - Happy 3rd Anny

Salam,

Hari ni kitaorang punya 3rd anny...Alhamdulillah segala susah senang, pahit manis masih dapat dilalui bersama dan mudah-mudahan akan terus berkekalan selamanya.


p/s: Doakan kami agar beroleh cahayamata..TQ




{I love u with all my heart sayang}

*********************************************************


Pagi ni bangun tido n check email, tgk dpt wish dari ejal tru emal..
TQ Jal ^_^
(kju wish for ur happiness with xxxx too) hehehehe



When You Found Each Other

When you two found each other,
you gained the finest prize:
a companion to share life’s joys,
a friend who lightens burdens,
whose company is always a comfort.
When you found each other,
you embraced the love you had dreamed of,
the source of endless pleasure
and memories to treasure.
May your anniversary remind you
of how precious that day was,
when you found each other.

Happy Anniversary!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 16, 2010

Ahad Aku - Yg Tak Best & Yg Best

Salam,

Yang Tak Best

  1. Nak teman H gi potong rambut, tapi kedai rambut dah tutup.  Rupanya kedai sebelah tengah renovate amik pecah skali kedai gunting rambut tu..sigh*
  2. Pastu nak gi servis kete, tapi kedai yg biasa kitaorg pegi tu ramai pulak customer..so igt nak try lah kedai baru kat hujung nun..Caj mmg murah lah pada kedai biasa TAPI gile slow mcm siputttt!!! Yg lagi aku panas hati tu, dah org nak tukar minyak hitam je, ko tukar je la minyak hitam, yg ko pegi bukak tayar, pastu complain breakpad apa jadah tu buat apa? dah la slow bertambah-tambah slow..urggghhhh..aku pulak emo lelebih, H mcm biasa sejuuukk je..mencik tau

Yang Best
  1. Lepas service kete, pegi JJ Kepong..kononnya nak beli chicken roasted, so nnt blk rumah tak payah la masak main course, just msk nasi ke apa je kan tapi end up kitaorg berbuka kat kenny rogers (aku lagi suke sbb tak payah masak teruih..ngeee~ )


    {sambil menunggu nak bukak puasa}





  2. Dan yang paling best adalah sebab ini ^_^


    {yeaaa dpt wedges, i loike}
    {eceeceeceh}

Saturday, August 14, 2010

Tutorial - Setting Blogspot Kepada Domain Dot Com

Salam,

Alhamdulillah hari ni nak masuk hari ke-4 umat islam berpuasa, Selamat Berpuasa Semua!!
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku nak up sedikit tutorial camne nak setting blogspot ke domain dot com (.com), memandangkan aku mengalami kesukaran tahap gaban hari tu, so aku harap dengan adanya tutorial ni, dpt la membantu korang sedikit sebanyak..seriously aku hari tu dah nak sampai tahap give up, igt nak let go je rm30 hengget tu..huhuhu~ nasib belum patah semangat lagi.

Sumber asal tutorial ni boleh dirujuk DI SINI (Malaysian Computer Technical Blog) tapi ni aku ada olah2 sket but still tanpa tutorial dia, blog aku takkan up up lagi aku rasa..

** Setting ini hanya untuk domain yg masih menggunakan hosting blogspot
  1. Beli Domain

    Untuk domain ni, aku beli dengan MERCUMAYA.NET, sebab paling murah yg aku jumpa hari tu RM30 je setahun.  Btw ada banyak lagi company lain yg jual domain, so cari lah yg paling murah dan OK


  2. Setting Rekod CNAME

    Menurut Malaysian Computer Technical Blog tu, kalau kita beli domain bukan daripada blogger.com, kita perlu manually setting CNAME.  CNAME itu berfungsi untuk meletakkan www atau blog atau apa sahaja di hadapan domain anda. Contohnya, www.mywindowsxp.info atau blog.mywindowsxp.info

    Utk setting ini, sila ikut arahan no. 3


  3. Manage Domain di DNS Exit

    Mercumaya.net memang ada fungsi Manage Domain, tapi malangnya even aku dah setting still blog aku tak dpt up selama 2 hari, jadinya aku guna free service, lepas setting kat dns exit je terus up blog aku.

    • Sila register akaun terlebih dahulu, lepas tu login

    • Pilih menu my account



    • Dekat ruangan CNAME, masukkan maklumat berikut
      Alias : www.namadomainanda.com
      Point to host : ghs.google.com



    • Sila copy senarai name server yang disediakan oleh dnsexit (sbb nnt nk kena setting kat mercumaya.net)


4. Setting di Mercumaya.net
   
  •     Login ke akaun Mercumaya.net


  • Klik Domain - List all orders


  •  Klik My Account

  •  Klik Domain, lepas tu klik Name Server
  •  Masukkan senarai name server dari dnsexit tadi


5. Setting di Blogger.com

  • Login pada blogger dashboard
  • Klik Setting, Publishing
  • Masukkan nama domain anda
  • Save settings


Mudah2an tutorial ni dpt membantu sedikit sebanyak ;) good luck!