Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, April 02, 2010

Al-Fatihah untuk Din Beramboi

Since kuar paper 2 hari lepas kata dia dah masuk ICU, aku mula ikut perkembangan dia..Dalam hati ni terdetik jugak, boleh ke arwah sembuh atau akan mengikut jejak langkah arwah loloq & arwah yasmin ahmad?

Allah Maha Besar, pagi ni otw nk ke ofis aku dgr dkt radio, arwah dah menghembuskan nafasnya sekitar 12.30am mlm tadi.  Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..


Al-Fatihah



FADILAT HARI JUMAAT

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

*Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
*Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
*Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
*Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
*Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
*Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
*Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

3 comments:

Unknown said...

Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

baincardin said...

*al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...

pak long said...

salam..
moga rohnya dicucuri rahmat