Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, February 03, 2017

Tips Hadapi Telinga Berdengung Sebab Selsema

Assalamualaikum.

Baru-baru ni sejarah dalam hidup kena telinga berdengung.  Asalnya batuk teruk (jenis kong kong tu) pastu kena pulak selsema then end up telinga sebelah berdengung dan kurang pendengaran. Bayangkanlah time telinga tak berapa nak dengar pastu selsema pastu kena attend beberapa meeting.  Duh.

Baru sikit Allah 'usik' dah rasa susah :(  Serius susah hati tapi Jeri kata kau chill je dulu.  Tapi kalau selsema kau dah baik tapi ko still tak dengar haa time tu baru kau kena risau.  Okey lah kita guna pakai la prinsip dia tu.


Selepas 12 hari hilang pendengaran pastu siap mimpi ngeri aku dah tak boleh dengar bagai Alhamdulillah pendengaran pulih.

Untuk first timer kena telinga berdengung macam aku.  Nah korang ikut step ni.

1. WAJIB pergi klinik dan jumpa doktor.  Hari ke-3 aku kena telinga berdengung aku pi Pusrawi dan memula doc tu kata earwax aku banyak.  Ok fine.  Ke bilik procedure dan nurse cuci (sembur air masuk dalam telinga) tapi nurse cakap "telinga akak ni bersih je, takde apa-apa pun keluar"  tapi dia kata macam ada bulging.  Doc pun bagi ubat selsema dan antibiotik untuk 3 hari.  Tak lut pun ubat tu.  still tak dengar jugak.  huwaaa~

2.  Jangan panik.  Ikut lah saranan doktor anda.  Dalam kes aku, telinga aku tak sakit sebab bulging tu di luar gegendang tapi stress telinga berdengung je la.  Bila laki dengan anak bercakap kau tak berapa clear.  Belum lagi ko kena jalani kehidupan seharian macam biasa tapi tak dengar sangat :(

3. Makan ubat jangan culas

4. Kalau antibiotik dah habis dan telinga masih tak ok.  Sila buat follow up.  Sebab aku tak sakit telinga, aku berpegang pada pendekatan tunggu selsema reda.

5. Cuba buat hembusan (kepit hidung, dan hembus biar angin keluar kot telinga).  Tapi jangan paksa.  Kalau tak boleh.  Its ok.  Bertabah

Dalam kes aku.  Hembusan hanya berjaya 3x je kut.  2 kali tu still berdegung kuat.  Dan hembusan hari ke-12 baru aku dapat dengar.  Teknik hembusan ni aku rasa tidak disarankan sebab takut lain jadinya.  Tapi aku tawakkal.  Sebab tu kata jangan paksa dan hembus kuat-kuat.


Ni pun kadang berdengung sesikit.  Nanti kalau pi klinik aku follow up lah balik telinga ni.  Tapi syukur alhamdulillah dah dapat balik pendengaran.  Nikmat yang tak terhingga

9 comments:

Unknown said...

Sy tgh tersumbat telinga kiri... dah seminggu rimas sgt.. ada x ubat3 lain nk bg terbuka lagi pendengaran ni

Unknown said...

Telinga sy pun skrg ni berdengung n rs xdgr sebelah kiri akibat batuk slsema,.xselesa nya..

Unknown said...

telinga sy iritasi sbb syok garu telinga dgn cotton buds sampai ada kemerahan sedikit dlm telinga, doc bg ubat titis.. telinga mkin dengung dh masuk hari ke 5, suara pun dgr jd double dh.. btl2 x selesa. nak solat pun xselesa apa lg sujud.. tekanan sgt terasa dlm telinga. mcmna nk hembus angin tu ye?

Unknown said...

Telinga dah 3 hari berdengung sbb batuk dgn selesema...adohai seksanya...kena redakan hidung tersumbat doktor kata baru pendengaran akan ok balik ...

Irsya said...

Telinga dh berbulan rasa x clear dh la kna selsema n batuk plk aduhh sabar je lhh sape2 nk wasap blh la kat no ni 0172868253

Unknown said...

Saya selsema dah byk hari telinga jadi bengang tak puas dengan deria bau dan rasa. Ada x cara nak atasi

hasmeet said...

their website Hermes Dolabuy my review here https://www.dolabuy.ru try this site Dolabuy Dior

themmeaut said...

click over here replica bags by joy a fantastic read replica bags koh samui find out replica bags ru

boleau said...

s7y21t9a58 v1h27g2r55 l8o45s1i96 r4r63d5i53 w4l75x6l87 u2x96j7y95