Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, February 06, 2017

Sepetang di PCP - Puteri Park Central Bandar Tasik Puteri

Assalamualaikum.

Sepatutnya entry ni datang dulu sebelum entry semalam. Gambar-gambar ni semua diambil sehari sebelum tahun baru 2017. Kiranya kitaorang menghabiskan tahun 2016 kat situ lah. Tapi seperti biasa mak hampa ni pemalaih. Sebelum upload gigih nak watermark bagai la. Banyak cekadak. Tu yang lambat tu.

Apa pun nak habaq PCP ni memang best untuk jogging, riadah santai dengan anak-anak, ada playground, ada orang main giant bubble, ada orang jual big cup dan paling tak ketinggalan motor aiskrim mesti ada punya lah =)

PCP petang sebelum tahun baru tu agak lengang. Ramai orang balik kampung kot!


Mommy snap dulu



Baru bangun tido.  Mood tak berapa nak sampai lagi



Puas berlari sampai tertonggeng siap berdarah mulut.  Nasib bibir luka sikit je



Dia rasa lain macam nak berjalan kat rumput.  Tapak kasut nipis sangat kot



Abang happy dengan lori dia lah



Mommy pun syiok.  Memang sape kaki fotografi kawasan ni serius cun










Dah senja.  Jom balik!

posted from Bloggeroid
Post a Comment