Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Sunday, February 05, 2017

Riadah Santai di Puteri Central Park Bandar Tasik Puteri

Assalamualaikum.

Mujur lah di kawasan perumahan ni ada jugak lah tempat nak beriadah. Tak payah gaduh nak pi jejauh. Sekadar nak ambik angin petang je pun.

Alhamdulillah cuaca semalam cantik sampai ke petang. So lepas Asar baru kitaorang ajak Fahim ke taman. Punya la seronok dia. Takleh bagitau awal-awal sebab takut hujan hala ke petang dah jadi janji palsu pulak. Tau jela. Kita ontua kalau tak tepati janji pun rasa sakit hati apatah lagi budak kan.

Tapi petang semalam x banyak sangat gambar ambik. Later aku buat entry dengan gambar yang dah diambil sebelum ni. PCP ni sesuai sangat untuk outdoor photoshoot sebab situ ada kawasan rumput hijau yang luas. Memang cun lah gambar.


Muka happy nak pi taman



Seronok depa dapat main bola





Budak geli nak pegang rumput situ.  Kononnya lah





Basah lencun memasing.  Puas hati dapat main kat taman ye anak-anak


posted from Bloggeroid
Post a Comment