Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Wednesday, February 08, 2017

Maka Dugaan 2017 Pun Bermula

Macam tahun lepas jugak bulan Februari lah bermulanya segala dugaan dan cabaran.  Tahun ni pun sama.  Semoga dugaan tahun ni tak berpanjangan.  Harap dipermudahkanlah urusan kami walaupun hati ni sampai macam takleh nak fikir apa lagi dah.

Pagi ni dapat berita H kena transfer ke site lain.  Yang pasti bukan satu hala dengan ofis aku.  Sedangkan aku ni bergantung penuh dengan dia nak ke ofis :(

Pastu petang semalam pulak dapat berita pengasuh terpaksa pulang ke kampung halaman.  Sebelum hujung bulan Februari ni kena kosongkan rumah.  Time tu rasa macam batu timpa kepala je.  Terus teringat Fahim.  Betapa dia sayangkan BS baru ni sampaikan setiap masa dia akan tanya 'esok pergi rumah mama tak'.  Macam mana lah kesannya pada Fahim lepas ni.  Memang time heals tapi ntahlah.  Kesian Fahim =(

Apapun dalam tempoh terdekat ni terpaksalah jugak cari pengasuh.  BS memang ramai tapi nak cari yg boleh jaga macam anak sendiri tu yang susah.  Dugaannya lah.

Rabbi Yasir Wala Tu'assir

Post a Comment