Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, April 18, 2016

Dari Pusrawi Jalan Tun Razak Ke Hospital Sg. Buloh

Assalamualaikum.

Allah 'cuit' sikit pagi tadi. Hairul tiba2 tak sihat, loya melampau dan rasa pening dan peluh mencurah-curah toksah cakap lah. Dia dah drop aku di bawah bangunan LTAT tu dan bermula sessi diskusi 4 mata yang serius. Dia tak nak ke klinik dengan alasan dia sihat. Ya ampun!! Sihat mende gitu. Lepas selesai diskusi beberapa ketika (agak lama jugak lah sebenarnya) akhirnya si isteri menang.

Alhamdulillah dia nak ke klinik. Maka ke Pusrawi Jalan Tun Razak lah yang paling dekat. Tu pun dia dah pening sesangat dan result BP punya lah tinggi 187/123. Aduhai lah suami. Andai kau masih berdegil macam2 boleh jadi. Dapat bed rest di katil ED pusrawi. Masuk air + vitamin 1 botol dan diberi ubat darah tinggi dan tahan muntah. Part paling dia benci adalah ambik darah. Apa nak buat, bertabah jelah. Result darah clear denggi tapi result ECG jantung doc kata reading x clear. Wallahualam lah apa benda yang doc tu cakap tapi doc suruh refer pakar jantung. Rasa macam xde darah dekat muka ni time tu. Memandangkan LTAT xcover pakar jantung Pusrawi maka kitaorang pilih untuk refer ke Hospital Sg. Buloh.

Selepas habis sepagi di Pusrawi, dalam tengahari kitaorang sampai ke Hospital Sg. Buloh. Masa menunggu kat sana dalam 1-3 jam jugak lah sebelum dapat jumpa doktor. Ujian ECG dibuat sekali lagi dan result jantung normal doc kata. Syukur alhamdulillah. Cumanya Hairul perlu ambik ubat darah tinggi setiap hari dan perlu follow up untuk tengok progress darah tinggi tu.

Semoga hari esok adalah lebih baik daripada hari ni dan kitaorang dapat mula bekerja semula setelah hampir 2 minggu 'bercuti' sebab anak tak sihat dan Hairul tak sihat.

posted from Bloggeroid

Saturday, April 16, 2016

Suku Pertama 2016

Assalamualaikum.

Diam tak diam dah pertengahan bulan April 2016 dah. Banyak liku-liku kehidupan sikit tahun ni. Semoga dengan sedikit ujian yang Engkau berikan dapat mendekatkan lagi kami padaMu.

8 Feb 2016 - Suami Kak Ngah meninggal

14 Feb 2016 - Nazreen accident terlanggar babi depan Mah Sing BTP

3 Mac 2016 - Tokwan Teh meninggal (adik tokwan)

26 Mac 2016 - Izz Fahim jatuh bilik air. Luka belakang kepala sikit

4 - 14 April 2016 - Izz Fahim start demam on off almost 2 weeks. Suhu memang tinggi.  Ujian hingus mengesahkan  Positive Influenza B.  Sebab tu demam dia panjang dan tinggi.

12 April 2016 - Hairul plak start demam tinggi

Sesungguhnya Allah tu dah susun yang terbaik. Mujur Ayden dalam jagaan nekma makanya dapatlah aku tumpu jaga Izz dan H yang tengah demam.

Alhamdulillah yang demam masing2 dah beransur pulih. Semoga dipermudahkan urusan di masa hadapan.

Ameen.
posted from Bloggeroid