Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, January 18, 2016

Jangan Over Protected

Aku:  Abang!! Tengok anak tu tengah buat apa?

*selang beberapa minit kemudian

Aku: Abang!! Jangan la bagi dia main tu.

*scene ni berlarutan byk kali dan akhirnya

H: Jangan over protected sangat boleh tak!!
Aku: *Terdiam  sebab sentap.  Huhu~

*************************************************

Bila fikir-fikir balik betul la apa laki aku cakap tu.  Kadang-kadang tahap kerisauan tu melampau benar.  Aku cuma tak nak anak dapat sakit/luka/bengkak atau sebagainya.

Izz memang tengah melasak sekarang.  Kadang tu xde la bahaya sangat cuma kena pantau je la macam dia panjat kerusi meja makan atau berdiri atas sofa tapi mak dia dah menjerit mcm orang kena histeria.  Aku risau sebab Izz tak reti serik.  Orang kata budak dah jatuh dia sakit dia xbuat lagi dah tapi Izz bukan macam tu.  Umur 1y10m ni umur dia tgh syiok dan xkenal erti sakit gamaknya.  

Tapi betul lah.  Aku jangan terlampau sebab nanti dia langsung xtau itu xtau ini dan akan banyak bergantung pada orang.  Nampaknya mommy kena berubah.

Teringat balik kisah #kucingkami yang 12 ekor ni.  Bayangkan setelah 3 tahun bela dan hanya baru-baru ni aku berani bagi depa ni keluar rumah.  Walaupun bukan semua yang keluar tapi sebelum ni aku memang xbagi. Dulu Mikki terlepas aku sampai nangis2 dalam bilik air sebab H kata malas nak cari.  Tapi laki mana xkesian bini kan dia ajak la pi cari. Lepas jumpa tu bole plak aku menangis sambil bawa masuk mikki dalam kereta.  Mikki terpisat3 baru bangun tidoq.  Hampeh betul!!

Kali ni aku bagi H lepaskan keluar sebab Dean pernah keluar dan dia balik semula.  Sejak tu baru lah aku bukak hati.  So Dean dengan bangganya jadi pioneer yang keluar rumah.  Yang kelakar tu keluar ikut pintu belakang pastu pusing blok mai lepak depan porch ni ha.  Duk la situ sampai malam.  Serupa je macam hang tak keluar Dean oi 😂😂

Ok kesimpulannya memang aku over protected!!  Haish


Post a Comment