Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, December 14, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Gombak Medical Center 38 Minggu 1 Hari

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Allah beri peluang sekali lagi untuk merasa 'sakit' bersalin. Satu pengalaman yang berbeza. Yang manisnya kali ni mengandung dan bersalin lebih kurang sama dengan jiran depan rumah. Sape lagi kalau bukan si ana wife Jeri. Huhu~

Pengalaman bersalin kali ni lebih kurang seminggu sebelum bersalin dah keluar tanda darah. Terus lah ke GMC (Gombak Medical Center) untuk consult dengan Doc Hamiza. Rupanya dah dilated 2-3cm. Waktu ni kandungan baru 37 minggu lebih.

Diam tak diam seminggu berlalu. Sakit bersalin belum kunjung tiba. Tapi pagi Rabu 2/12/2015 masa nak solat subuh terasa macam air meleleh di kaki. Dah rasa macam xsedap hati pulak (eleh, bukan memang dah menanti seminggu ke). Bersih diri, wuduk dan bersolat. Tapi air masih mengalir. So confirmed air ketuban dah pecah.

Lepas Subuh teruslah kami ke GMC. Sampai di GMC sekitar jam 8am terus naik ke tingkat 1 untuk buat CTG dan VE. Lepas seminggu VE masih 2-3cm dilated je. Haish parah betul.

Memandangkan sakit takde, makanya kami pun keluar pi sarapan dulu. Nurse siap pesan suruh jangan balik rumah. Aje gile nk balik? Rumah jauh kot. Tak berbaloi hairul pecut macam onggila masa lps subuh tadi takut bini sakit dlm perjalanan.

Acik belasah nasi lemak & Teh Ais


GMC ni hospital swasta yang xbesar sangat. Makanya bilik sangat terhad. Pukul 1 baru kitaorg dapat bilik. Tapi syukur sebab aku x sakit dan masa berlalu bagai tiada erti. Chewah. Bilik ktorang dapat ni sangat selesa dan luas.

Kebetulan dapat bilik luas dengan 2 katil


Sekitar pukul 2.30pm aku induce. Kul 4pm cek VE bukaan baru 4cm. 8.30pm air induce tu baru habis sebotol. Aku ada whatsapp mama cakap sakit baru start datang. Sempatlah kami solat jemaah. Kemudian aku terus baring atas katil. Rupanya aku terus dapat sakit contraction yang kuat. Tak terluah dek kata-kata. Contraction datang dan datang dan datang. Daripada VE 4cm, terus jadi 6cm. Aku cakap dkt Hairul kata sakit sangat ni macam nak berak (mmg orang nk bersalin akan rasa mcm nak berak tapi bkn berak). Hairul panggil nurse dan cek VE dah 8cm. Terus tolak masuk labor room.

Rupanya Doc Hamiza dah menunggu dari petang tapi sbb aku xbersalin maka dia pun balik rumah. Aku siap tanya lagi masa dlm labor room doktor sempat sampai tak? Alhamdulillah lepas pada tu doc Hamiza sampai. VE baru 9cm dilated. Tapi aku cakap saya dah xtahan. Nak terberak sangat dah. Doc bg peluang teran masa 9cm.

Alhamdulillah consider satu sesi teran dan beberapa kali curi nafas maka keluar lah si budak bolat dengan berat 3.85kg pada 2/12/2015 jam 9.55pm. Syukur Allah permudahkan. Sakit yang sekejap tapi maha dasyat sakitnya.

Baby dengan acik amy & acik kikin


posted from Bloggeroid


Post a Comment