Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Thursday, October 08, 2015

Izz Fahim Tantrum

Kalau ikut definisi daripada Baby Center


A temper tantrum is the emotional equivalent of a summer storm – sudden and sometimes fierce. One minute you and your child are in a restaurant enjoying your dinner, the next minute she's whimpering, whining, and then screaming at the top of her lungs because her straw is bent. Children between the ages of 1 and 3 are especially prone to tantrums.

Izz Fahim sejak akhir² ni semakin membesar semakin lah banyak akal dan banyak perangainya. Tambah plak dah nak dapat adik ni pulak kan.

Tapi aku beranggapan dia mungkin penat seharian behave di rumah pengasuh. Harapnya takde la anak aku tu kena pukul ke apa. Kalau takat kena marah nak mengajar tu biasalah. Takkan la kita xnak anak kita diajarkan kan. Cuma harapnya tidak lah kena lebih daripada itu.

Pasaipa aku kata dia behave, sebab beberapa kali masa nak ambik dari rumah pengasuh ada lah pengasuh lepak luar rumah. Dan Izz Fahim dengan sopan santun muka suci murni duk je atas riba pengasuh. Vah vah vah aku rasa dengan kitaorang memang tak hingin kot dia duduk atas riba diam-diam camtu. uhuhu~ Tapi elok la jugak kan. Kitaorang selalu je pesan, jangan buat perangai rumah pengasuh, kalau nak nangis ke apa ke biar di rumah masa dengan mommy dan abah je. Hambek ko sekarang. Tantrum sepanjang masa. 

Budak tengah nak membesar, gile nak bermain je tak kira masa. Speshly waktu nak tido malam. Mommy Abah dah macam zombie siap bergilir2 terlelap sambil dengkur yang dia boleh gelak mengilai siap cepuk muka kitaorg suruh melayan dia. Huwaaaaa~ anak oh anak. Ni baru sorang, membayangkan adik dia akan datang nanti, tak mo lah bayang dulu.

Nampak gayanya kena la korek ilmu daripada orang-orang lama/berpengalaman atau melalui pembacaan macam mana nak handle tantrum anak ni. Bagaimana sabarnya mak ayah kita dulu melayan perangai kita yang mungkin sebijik perangai anak sekarang, camtu lah kita kena sabar dengan perangai anak-anak kita.




Main tuang-tuang air. Kalau ditegur mengamuk lah dia



Menangis xbersebab

posted from Bloggeroid
Post a Comment