Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Thursday, June 18, 2015

Tips Cari Pengasuh / Babysitter

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah nak masuk 2 bulan lebih hantar Izz ke pengasuh.  Tapi jangan tak tau, baru 2 bulan lebih je hantar tapi dah 2 pengasuh nih.  Memang nak cari pengasuh yang ok tu susah, tapi kita cuba la cari yang sehabis baik sebab kita seolah menggadai keselamatan dan nyawa anak sendiri nih :(  

Kebiasaannya parents akan ada instinct yang kurang enak, tapi siapa lah kita untuk percaya kepada instinct kita semata.  So kena la disusul dengan bukti² lain jugak baru kita boleh kata pengasuh tu bukan lah yang sesuai untuk anak kita.

Ni antara tips mudah yang mungkin boleh diguna pakai untuk para ibu bapa yang baru nak start hantar anak ke pengasuh macam aku.  Aku cuba compare situasi anak aku dengan pengasuh 1 & pengasuh 2.


  1. Bagi tempoh kepada anak serasi dengan pengasuh
    Pengasuh 1 - Dah hantar masuk minggu ke-2 tapi Izz nampak sangat sedih dan terpaksa.
    Pengasuh 2 - Masuk hari ke-3 Izz bunyi "ek" sekali je, tapi gerak tubuh rela je diambil pengasuh.
  2. Reaksi anak masa kita ambil selepas waktu kerja
    Pengasuh 1 - Meronta dan menangis bila nampak kita.
    Pengasuh 2 - Meronta excited je nak balik, tak menangis langsung tapi sengih ada lah.
  3. Keadaan Fizikal anak
    Pengasuh 1 - Lepas seminggu, celah bontot Izz merah.  Kebetulan Izz demam so almost 2 weeks aku tak hantar.  Tapi bila hantar semula, ambik masa 2 hari je bontot Izz merah semula
    Pengasuh 2 - Baru hari ke-4 dan semuanya nampak masih ok.  Mudah-mudahan ok berterusan hendaknya.
  4. Anak diambil dalam keadaan bersih
    Pengasuh 1 - Mungkin sebab dia jaga ramai, dan Izz dimandikan agak awal.  Tapi tiap kali ambil Izz memang tak pernah wangi.  Selalunya hanyir
    Pengasuh 2 - Alhamdulillah nampak bersih, rapi dan wangi
  5. Komunikasi dengan pengasuh
    Pengasuh 1 - Kita rasa macam susah untuk bertanya tentang keadaan anak kita.  Dan biasanya kalau tanya, jawapan yang diterima hanya OK.
    Pengasuh 2 - Kita bertanya, dia dengan senang hati bercerita keadaan anak kita.

Tu antara tips-tips penting yang aku praktik kan sekarang.  Semoga pengasuh 2 ni dapat jaga Izz dengan baik dan berpanjangan.  Nak cari pengasuh memang sangat-sangat susah sampai rasa macam nak berhenti kerja je jaga anak.



memunggah memang kegemarah dia lah -..-


Semoga anak mommy terus membesar dengan sihat

Post a Comment