Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Friday, March 13, 2015

Sahabat Jauh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya dapat bersua muka. Mula kenal hanya daripada komen di blog. Sejak tu start berbalas2 komen di blog masing2.

Bila masing-masing dah slow blogging, kita berpindah ke facebook plak pastu ke instagram dan hari ni dapat jugak jumpa. Rasa sangat selesa dan macam dah lama kenal. Tak puas bersembang sebab terkejar2 masa. Insha allah ada rezeki di masa hadapan bole lah jumpa lagi hendaknya.

Orangnya kecil-kecil dan ramah. Buat kita tak rasa janggal langsung. Sangat fasih berbahasa Melayu Singapore walaupun dah bertahun-tahun tinggal di German. Idak le acik tergeliat lidah nak bercakap omputih kan.

Sempat mintak travel mate aka jiran sebelah rumah dia di German sinun snap kan gambar kitaorang. First time travelmate dia tu datang Asia. Orang German yang hanya boleh berbahasa German. Acik salam dan senyum-senyum jela. Manis yang jadi tukang translatenya. Terpaksa la dia melayan diri sndiri je masa ktorg rancak berbual tadi. Huhu~

TQ Manis. Till we meet again 😉








posted from Bloggeroid

Post a Comment