Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Friday, February 06, 2015

#tripkekawan 1-3 Feb 2015 Port Dickson

Assalamualaikum.

Alhamdulillah #tripkekawan kali kedua berlangsung dengan jayanya.  Selepas trip kali pertama di Cameron Highlands tahun 2013 dulu.  Tahun ni baru sampai rezeki untuk sambung trip kedua. Mudah²an ada rezeki lebih untuk plan next trip pulak.  Pulau Pangkor mungkin.  Hehehehe.

Penginapan untuk trip kali ni ditaja sepenuhnya oleh Amin & Amy. Alhamdulillah.  Semoga korang dimurahkan lagi rezeki.


Cuaca cerah & panas sepanjang perjalanan ke PD

Alhamdulillah kitaorang selamat sampai sekitar jam 4 lebih.
Besar condonya.  Sangat selesa untuk 3 family.

Jangan risau kalau anak masih belum ada baju mandi.  Boleh beli di Pantai Teluk Kemang.
Harga pun mampu milik.  Macam baju Izz tu RM30 sahaja.  Kalau di pasaraya mahal harganya.



Aktiviti Day 1 - Berendam dengan anak² =)


Lepas berendam, bawak Izz keringkan badan dulu sekejap


Keluar gate untuk pijak pasir pantai.  Arghhh bestnya rasa pasir² tu.


Belakang tu kondo tempat kami menginap


Aktiviti Day 2 - Jom jalan²
Ni baru dinamakan tour in group :D memang se-group masuk lif


3D Art Gallery (Lukut)
Harga tiket : RM 20 Dewasa (dengan Mykad)

Sesuai untuk mereka yang gila bergambar dan sporting untuk buat segala
jenis aksi supaya hasil gambar nak 'real'










Selepas penat jelajah bangunan 3 tingkat tu, kita boleh lah basahkan tekak.
Ada cafe di tingkat bawah galeri tu



PD Ostrich Farm (Teluk Kemang)
Harga tiket : RM 13 Dewasa



Sebelum balik ke hotel, kami singah ke Pantai Tanjung Tuan.
Saje nak bagi Izz rasa pantai.

Esoknya budak tu bangun tidur dengan senang hati.  Kira tenaga dah re-charged lah tu.


Aktiviti Day 3 - Balik KL


Bergambar kenangan ;)

Post a Comment