Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, February 23, 2015

Hadiah Birthday untuk En. Suami - Ajiking Pro Box

Alhamdulillah semalam 23 Feb 2015 adalah hari lahir H yang ke 33. Syukur alhamdulillah di atas semua yang Allah kurniakan. Terutama dari segi kesihatan dan kehidupan.

Adalah aku ngomel2 hari tu cakap nak bagi hadiah apa eh. Maklumlah klu aku ni balik2 perfume balik2 perfume. Laki terima aje lah dah bini hadiahkan. Skali Jeri suggest box ni sebab dia kata dia suke. Siap beli 3 biji. Hairul pun belum ada lagi storage box tu so menarik jugak idea jeri tu kan.

Aku bawa balik box tu awal. Memula siap 'tipu sunat' kata tu box jeri. Hairul sangsi jgk sebab apa hal plak jeri punya tapi memandangkan umah kitaorg berdepan je dan aku cakap mungkin jeri xnak ana bising kot makanya laki aku percaya je. See bini baik la kata, xpenah menipu. Huhu~

Ni lah box nya. Suke kaler askar ni. Semua jeri & ana tolong belikan dan jeri susun siap2 dalam box. Dia kan pemancing tegar so i just leave it to him.


















Malam tadi tak sangka pulak Jeri pun bagi hadiah dkt hairul. Sengih lah kawan. Siap dapat rod 6 cincin, jaring & mata.






Sambil senyum H cakap 'best birthday ever'. Over tau laki acik =)



posted from Bloggeroid
Post a Comment