Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Wednesday, January 28, 2015

Wordless Wednesday - Cinta Hati


Mohammad Hairul & Muhammad Izz Fahim Rizqi

Monday, January 26, 2015

#TripJiran Aktiviti Memancing di Kolam Pancing Berbayar Perpat Resort

Lokasi :
Kolam Pancing Berbayar Perpat Resort, Kapar, Klang

Yuran :
RM 20 / Joran
*Ikan boleh bawa balik


Alhamdulillah trip memancing semalam best.  Dah jadi trip ala-ala berkhelah sambil mancing.  Best! Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga.

H dapat ikan sikit aje.  huhuhu~ novice lah katakan.  Tapi Jeri & Adik (anak Jeri) dapat banyak. Besar-besar plak tu.  Target memang nak talapia.  Sebab last time Jeri pergi, ikan yang diorang dapat tu sedap dan tak rasa tanah langsung.

Jom layan gambar jela.  Mungkin nak repeat lagi kut.  Insha Allah.


Lokasi dia luas, ada yang ada bumbung dan ada yang pokok²


Sementara bapa² duk setting si Izz Fahim buat hal sendiri


Para ibu berkhelah sambil tengok bapa² mancing


Alhamdulillah anak mommy ok.  Our 1st outdoor session with Izz Fahim


Next time bole repeat lagi nih!


Hasil tangkapan Jeri, Adik & H tapi H dapat 4 ekoq ja.  heheheh~


Hala balik Kak Shida jemput mai minum petang rumah dia.  Alhamdulillah rezeki

Friday, January 23, 2015

Sarapan Geng IT 2015

Alhamdulillah pembuka makan-makan untuk geng IT tahun ni bermula dengan misi Coq (cucur) Kembong Abg Shuk. Memang dia terer lah buat cucuq ni. Lembut & sedaaap.

Unit IT xbesar sangat dan nisbah staf lelaki lagi ramai pada perempuan. Tapi alhamdulillah semua sempoi dan kepala gila-gila. Pendek kata senang nak masuk lah. So majlis makan2 ni selalunya menjadi aje. Tak banyak songeh bak kata orang.

TQ untuk abang shuk sebab uli dan buat coq kembung. TQ pada Bum sebab buat kuah kari. Alhamdulillah kenyang!!

Tapi bila tengok gambar rasa macam nak lagi!! Huhu

Thursday, January 01, 2015

'Hadiah' 2015


'Hadiah tahun baru'

1. Anak resah gelisah tak nak tidur.  Nak kata kembung perut rasanya tak.  Nak kata demam suhu badan ok.  Mata dia mengantuk tp gelisah ya rabbi.  Pusing kiri pusing kanan pusing kiri pusing kanan.  Kalau tidur pun kira macam terlelap sekejap pastu jaga sambung balik gelisahnya.  Berlanjutan sampai pukul 4 pagi.  Mak pak dah kalah mata zombie.  Ni lah antara dugaan kalau terpaksa travel jauh hari2 untuk pegi keje.  Blk rumah bdn penat gile =(

2. Pukul 5 lebih kaki kena cramp plak.  Sekian lama xkena.  Last masa awal2 mengandung tahun lepas je kena.  Lagi skali terpaksa kejut suami yg baru jgk terlelap lps anak tido tadi.  Dengan mata zombie dan minda separa sedar.  Dia luruskan la jgk tapak kaki ni.

3.  Telefon yg dah berzaman rosak bunyinya tiba2 berbunyi plak hari ni.  Kita tgk jela bape jam je bunyi tu bertahan.  Heh!

Izz br tido ni.  Rasanya  elok lah aku nap sekejap kumpui tenaga.  Kekdah mcm anak sepuluh baq hang!

Selamat Tahun Baru 2015

Alhamdulillah 2014 berlabuh dengan pelbagai kisah suka duka secara peribadi mahupun untuk negara Malaysia.

Alhamdulillah juga tahun 2014 merupakan tahun rezeki untuk kami kerana selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga kami dikurniakan cahayamata.  Syukur alhamdulillah.

Disebalik suka, duka menjelma dengan kehilangan pesawat-pesawat MAS, kezaliman puak Zionis, banjir besar di Pantai Timur dan yang terkini pesawat Air Asia yang terhempas dan tergelincir.  Semoga tahun mendatang adalah lebih baik untuk kami semua.

Dalam diam tersemat sedikit azam.  Moga-moga dapat ditunaikan dengan baik.

✔ Upgrade Iman
✔ Upgrade Ibadah
✔ Ganti puasa cepat2 bagi habis
✔ Upgrade kualiti time dengan keluarga
✔ Upgrade kualiti kerja
✔ Bercuti

Selamat tahun baru 2015 semua!!