Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Sunday, September 28, 2014

Tips & Doa Mudah Bersalin

Assalamualaikum.  Ni beberapa tips yang aku ada amalkan.  A few tips² yang doc Hamiza bagi, kekawan macam amy kikin bagi dan yang daripada internet.

Antara yang aku amalkan
  • Makan kurma sepanjang tempoh mengandung.  Tapi sebab aku detected with high blood sugar makanya aku makan time aku teringat je.  Sebiji kurma per day.  Kadang 2 hari skali baru makan sebab terlupa.
  • Amalkan mendengar surah² yang sesuai untuk ibu mengandung.  Selain mendengar, kalau dapat baca lagi afdhal.  Aku jadikan surah² ni peneman tido malam².  Kira sepanjang malam tido sampai ke pagi bacaan tu akan repeat non stop (alah tepon skrg kan dah canggih manggih siap ada powerbank lagi. apade hal kalu bateri habis, takde nye habis pong!)  Nanti aku buat entry pasal surah² untuk ibu mengandung.  Sebenarnya 1 quran tu bagus, tapi ni dah dipilih lagi lah daripada 30 juzuk tu.
  • Masuk 9 bulan baru dapat tau elok minum VCO (Virgin coconut oil) atau dalam bahasa melayu minyak kelapa dara.  So aku pun heret la si H pi Aeon Rawang cari VCO.  Gile tak sedap!! Aku berjaya minum 3x je kut sebab 2nd time minum terus dapat sakit tekak.
  • Sapu perut dengan minyak selusuh.  Minyak selusuh ni tokwan aku yang buatkan.  Saje sapu² sambil bertawakal kepada Allah semoga dipermudahkan.  Sapu bawah perut sampai ke atas ari-ari tu.
  • Doc Hamiza bagi tips suruh buat excercise natural seperti jalan itik, naik turun tangga atau ketuk ketampi.  Aku ada buat 2x yang jalan itik tu masa minggu hujung² sebelum bersalin.
  • Amy dan kikin selalu pesan suruh praktis teknik pernafasan.  As a 1st timer, susah kot sebab kita tak tau mcm mana teknik pernafasan tu.  Tapi cuba je la berlatih.
  • Amy dan kikin juga selalu pesan, time nak tidur tu atas katil cuba praktis baring macam nak bersalin.  grab keting kaki tu.  Memang aku selalu jugak praktis ni bila teringat.  Dan membantu sgt bila dalam labor room nurse suruh pegang kaki aku senang je paut sebab dah praktis selalu.  Aku sarankan korang pun praktis lah juga
  • Masa nak pergi hospital bawak 1 botol air kecik zam zam & kurma.  Masa contraction memang dah tak lalu nak makan.  So jamah la kurma sebijik mudah²an dapat tenaga dalam labor room.  Air zam zam memang aku ada minum sikit masa dilate 8cm.  Aku punya bukaan dari 8cm nak ke 10cm ambik masa sedangkan contraction dah kuat ni.  Nurse mintak suami bagikan aku sikit air.  Serius cuma dapat minum seteguk aje.  Sakit nak bersalin ni tak terluah dikata².  Apa pun syukur bahagian aku dipermudahkan sebenarnya kalau nak dibanding dengan orang lain yang perlu tunggu berjam-jam dalam labor room tunggu bukaan


Rasanya itu jela tips yang aku ada amalkan.  Kot² kurang faham korang boleh je email aku di innueclanz@gmail.com atau whatsapp pun boleh 012-2626034


             --------------------------------------------------------



Ni pulak yang aku share tips daripada blog sueqaisara.  Mungkin ada yang boleh diamalkan.

  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)



BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah


2. Selawat Syifa’





3. Al-Hasyr : 21-24




4. Doa Selusuh




Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".



5. Doa Pemudah


"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".


CARA-CARA

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran anak.





Kali ni aku belum lagi dapatkan air selusuh. Ermm da ada doa2 ni rasa2 nya baik mintak suami buatkan, kan? Takpun suruh emak.. berkat tu... heheheheh... Lagi satu aku dapat doa ni:

Ya Dzal Jalaali Wal Ikram  - Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan

Antara Fadilatnya : 
Perempuan  yang ingin agar sentiasa tidak merasa sakit ketika hamil, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 11 kali setiap hari, tiupkan ke dalam air kemudian air itu diminum, Insyallah dia tidak akan sakit dan akan senang ketika melahirkan bayi...Insyallah.