Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Tuesday, September 02, 2014

Aqiqah dengan EZ Qurban

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aqiqah Izz dah selamat disempurnakan oleh EZ Qurban pada 27 Julai 2014 yang lalu.  Aqiqah Izz dibuat di Bangladesh ;)

Untuk yang tak pernah tahu siapa EZ Qurban, ni ada sedikit penerangan.


Siapa EZ Qurban?

Syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Aqiqah dan Qurban yang menawarkan kemudahan kepada umat Islam dalam menyempurnakan ibadah dengan mudah dan dilaksanakan di tempat-tempat yang lebih memerlukan.

EZQ mensasarkan pelaksanaan Ibadah Aqiqah dan Qurban ini dibuat di negara-negara di mana penduduk Islamnya berada dalam keadaan serba kekurangan seperti Kemboja, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

Mudah je cara nak aqiqah atau korban dengan EZ Qurban.  

1. Layari laman web www.ezqurban.org




2. Pilih Menu Aqiqah Online untuk aqiqah




3. Isi maklumat aqiqah.  Untuk anak perempuan 1 ekor kambing manakala anak lelaki 2 ekor kambing



4. Buat pembayaran dan submit pengesahan pembayaran


5. Pihak EZQ akan menghubungi anda.  Macam kitaorang hari tu EZQ tanya takpe ke aqiqah ni dibuat masa bulan puasa nanti.  Waktu tu belum bulan puasa.  Kitaorang kata ok aje.  Kalau korang nak aqiqah dibuat seminggu selepas baby lahir pun boleh.  Just bagitau pihak EZQ insha allah diorang akan laksanakan.  Make sure daftar dan bayaran dibuat awal supaya EZQ ada masa nak prepare.

6. Setelah aqiqah dibuat, anda akan memperolehi satu sijil pengesahan. Macam yang kitaorang dapat ni.  Alhamdulillah selesai satu bab.