Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Thursday, August 28, 2014

Potluck Geng IT

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Potluck anjuran #GengIT mendapat sambutan.  Memang dari awal kitaorg dah berniat kalau boleh nak panggil satu LTAT datang makan. Syukur makanan pun banyak dan tetamu pun boleh tahan ramai walaupun masih ramai lagi yang x dapat datang.  Insha allah kalau ada rezeki lebih lagi di masa akan datang bolehlah gengIT buat makan² lagi.
Credit gambar : Ali & Fakri


Food preparation 









Antara juadah yang disediakan









Sepanjang Majlis Berlangsung ;)
*aku tertinggal monopod so tak berapa nak happening bergambar.  huhu


















Saturday, August 23, 2014

Beraya di Rumah-rumah Sahabat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tahun ni dapat berjalan raya di rumah² sahabat.
  1. Rumah Syera - Seremban

    Dah alang² balik beraya di Kuala Pilah tu, maka otw balik Rawang kita singgah je la beraya di rumah syera dulu.  Dapat lah aunty syera ni jumpa Izz Fahim.  Risau jugak dengan mak nandung ni, kang meleleh ayaq lioq anak.  Huhuhu~






  2. Rumah Rat - Gombak

    Asalnya ajak Rat mai Rawang.  Tapi rat counter pulak suh pegi Gombak. Yelah kan sebab masa aku pregnant hari tu dia dah turun Rawang kan. Tapi best lah pi Gombak sebab rat masak banyaaaaaaak! dan paling sedap di dunia =) hanya aku & rat yang faham caption tu.  heheheh~




    1. Rumah Hazlina - Sg. Buloh

      Rumah lin ni ala² pre-reunion.  Dapat jumpa geng² sekolah menengah Ibrahim, Sg. Petani dulu.  Pendek kata dapat jumpa NVgirls.  Kerlas uols, ktorg ada nama geng okeh!  Walaupun beberapa orang je yang dapat datang tapi best sebab kitaorg masih aktif berhubung di group whatsapp. Aku dapat jumpa Dyen & Asmawati jugak!! (nasib depa tunggu aku yang sampai lambat ni.  Jem serata tempat)  Kisahnya majlis rumah Rat & Hazlina adalah pada hari yang sama.
    Dengan Asmawati

    H & Hubs Asma


    Dengan Asma, lin & Dyen



    This entry is auto Publish Post ^_^V

    Friday, August 22, 2014

    Jamuan Raya JPTM 2014

    Alhamdulillah jamuan raya jabatan semalam berjalan dengan baik dan agak meriah.  Kebiasaannya kitaorg buat secara tertutup tapi semalam agak terbuka walaupun bukan semua staff dipanggil.  Mungkin di masa akan datang buat open department pulak kut.

    Katering untuk semalam alhamdulillah sedap².  Pastu ada jugak yang bawak dessert & cocktail.  Jadi makin meriahlah makanannya.  Malangnya takde satu pun gambar makanan yang disnap.  Sedih betul.  Hehe~



    Hasil kerja tangan Abg Shuk & Ieda


    Bergambar satu jabatan


    Ngetest kamera Yi








    Alhamdulillah.  Selasa depan port luck IT pulak.