Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Tuesday, May 27, 2014

3 Perkara Tentang Bayi Mesti Tahu (1-4 bulan)

Source : PaMa

3 Perkara Tentang Bayi Mesti Tahu
(1-4 bulan)

Pada bulan pertama, adalah tempoh yang penting bagi bayi. Ada tiga perkara utama perkembangan si kecil yang boleh anda mesti perhatikan. Tiga perkara tersebut ialah kebolehan belajar, keupayaan bertutur dan kemampuan sosial.

BULAN PERTAMA
• Belajar
Untuk anak lebih kenal anda, rapatkanlah muka lebih kurang 30 sm daripada si manja. Hasilnya, ketika berusia satu bulan dia sudah mampu mengikut mimik muka anda.

• Bertutur
Bunyi pertama yang akan bayi anda keluarkan ialah bunyi tangisannya. Sedari lahir hinggalah usia mereka hampir satu bulan, hanya menangis yang mereka tahu. Akan tetapi, setelah usia semakin bertambah, anak anda akan mulai belajar mengagah.

• Bersosial
Selepas minggu-minggu pertama lahir ke dunia, bayi anda tidak banyak tindak
balasnya. Cuma dia akan menangis jika jasa tidak selesa. Selebihnya, dia akan
lebih banyak tidur tanpa apa-apa aktiviti lain.

BULAN KEDUA
• Belajar
Dalam usia dua bulan, bayi anda sudah boleh melihat banyak benda. Matanya juga boleh berupaya untuk mengekori setiap pergerakan yang berlaku di hadapannya.

• Bertutur
Si manja sudah semakin cerdik. Memberi tindak balasnya sewaktu anda bercakap cakap dengannya menandakan yang dia sedang belajar untuk berkomunikasi walaupun bukan dengan bahasa percakapan.

• Bersosial
Bayi anda sudah mula kenal rupa serta wajah orang-orang yang rapat dengannya. Ini membuatkan dia kelihatan lebih tenteram dan senang jika berdampingan dengan orang-orang tersebut berbanding dengan orang yang tidak dikenalinya.

BULAN KETIGA
• Belajar
Dia semakin pandai. Bayi anda akan mula menunjukkan minatnya terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Si kecil sudah boleh membalas percakapan anda dengan gerakan tubuh dan senyumannya.

• Bertutur
Pada masa ini, bayi anda sudah dapat membezakan antara percakapan dengan
bunyi-bunyian lain. Dia sudah dapat bertindak balas dengan bunyi yang diperdengarkan kepadanya.

• Bersosial
Akibat telah kenal wajah mereka yang rapat dengannya, bayi anda akan kelihatan takut jika mereka dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Biasanya tindak balas yang akan mereka tunjukkan ialah dengan cara menangis ataupun dengan
memalingkan muka.

BULAN KEEMPAT
• Belajar
Dia juga akan ketawa tanda gembira apabila anda bermain-main dengannya. Juga, sudah pandai memilih apa sahaja yang mereka gemari. Misalnya, mereka akan ketawa jika gemarkan cara anda mengagah dan akan menangis jika dia tidak suka dengan apa yang anda lakukan padanya.

• Bertutur
Apabila telah mencecah usia empat bulan, bayi akan sudah semakin mahir mengeluarkan bunyi-bunyian daripada mulutnya sendiri. Antara bunyi yang menjadi kegemaran mereka ialah mama, dada, moo dan sebagainya.

• Bersosial
Pada ketika ini apa yang diinginkan oleh bayi ialah perhatian daripada anda. Jika boleh dia ingin anda sentiasa bersamanya sepanjang masa.

Thursday, May 22, 2014

Designer Diaper Bag - Tak mampu nak beli

Kekonon renyah la nk bawak babg bag pastu nak bawa handbag pastu nak bw baby lagi.  Pastu hati meronta la teringin nak diaper/baby bag kekonon bole sumbat semua.  Hamboi banyak sungguh kekonon.  Susah kalau otak asyik berangan mat jenin je.  Huhu. 

Realitinya baby bag laki yg usung.  Tapi nanti klu betul2 bole dapat sendiri usung la.  Tak main la bagi laki pegang
*again, angan mat jenin

Tapi tu lah..nak beli tak mampu, so menengok jela sambil menitis ayaq mata. Hehehe~

STORKSAK OLIVIA


KATE SPADE STEVIE

Saturday, May 10, 2014

Baby Ring Sling 2

Alhamdulillah nekma hadiahkan ring sling ni sempena Izz satu bulan hari tu.  Nekma sendiri pilih design kain ni dan jahit sendiri.  Mommy terima aje. Dah nama pun hadiah kan.  TQ Nekma!!

Sunday, May 04, 2014

4/5/2014 Selamat 1 Bulan Muhammad Izz Fahim Rizqi Mohammad Hairul

Alhamdulillah hari ni genap lah sebulan.  Walaupun mommy belum dapat fully tune kehidupan sebagai seorang ibu tapi banyak la boleh belajar.

Tapi dalam tempoh sebulan ni kesian la bila tengok dia asyik menggeliat dan muntah.  Since day 1 pun dia ni jenis jeluak (muntah susu) & menggeliat sentiasa =( kesian anak mommy.

Hopefully cepatlah berlaku perubahan yang lebih baik.  Semoga jeluak berkurangan atau stop terus.  Ameen~

Friday, May 02, 2014

Redha & Pasrah

Source : ainulyaqin.blogspot.com

Tika tewas dengan kehidupan kita perlu muhasabah diri, kembali semula kepada Allah, mohon keampunan dan petunjuk.

Mungkin kita telah jauh daripadaNya. Jauhnya kita daripada Allah yang membuatkan perjalanan hidup kita suram dan gelap.

Mungkin juga Allah sengaja mahu menguji iman kita. Mahu melihat sejauh mana kita pasrah dan redha dengan ketentuanNya.

Mungkin Allah mahu memberi ilmu dan mendidik kita.

Mungkin juga Allah mahu mengangkat darjat dan martabat kita pada satu tahap yang lebih tingi dengan ujian yang diberikan.

Walau apa pun kemungkinannya, kita sebagai hamba tidak selayaknya mempertikaikan sama sekali apa saja keputusan daripada Allah.

Mukmin yang baik akan akur dan redha dengan semua suratan yang Allah zahirkan dalam kehidupannya.

Kita tidak akan tahu qada' dan qadar Allah SWT, itu rahsia dalam rahsiaNya. Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti akan berlaku.

Belajarlah untuk melepaskan, usah dicalarkan iman dengan istilah 'jika' dan 'kalau'.

Innalillah, redha dan pasrahlah dengan ketentuan Allah.

Renungilah setiap kejadian itu, tentu ada hikmahnya.