Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, April 14, 2014

04-04-2014 Selamat Melahirkan

Alhamdulillah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.25am dengan berat 3.6kg.  Syukur alhamdulillah.
Soalan klu orang tanya sakit tak beranak? Jawapan aku 'tersangat3 lah sakit' rasanya.  Syukur dapat hadapinya dan H kata dia tak expect aku langsung tak menangis atau mengeluarkan air mata sepanjang contraction dan proses bersalin tu.  Tapi sakitnya memang tak terluah dek kata2.  Hatta tersentuh bulu roma tangan H yang duduk di sebelah katil aku pun aku cakap 'sakit, jangan pegang'. 
Bayangkanlah perasaan suami yang xtau mcm mana nak bantu isteri dia yg tengah sakit.  Konfem waktu tu difikirnya 'cukup lah yang ni sorang' . Kalau tanya aku waktu tu pun aku akan cakap 'tengok lah dulu' =)
Sangat bersyukur semuanya dipermudahkan.  Kawan2 yang memang dah ada pengalaman bersalin banyak membantu bagi info tentang turun tanda, cara2 nak meneran, teknik memegang kaki masa meneran dan aku pun memang ada buat review pasal episiotomi (gunting) siap tengok youtube sambil pejam2 mata stress!!
Even masa turun tanda masa pukul 3am tu, sempat lagi call Amy mintak pandangan.  Syukur dapat kawan2 yang x lokek.
Once sampai ke GMC (Gombak Medical Center) dalam pukul 5am bukaan dah 6cm.  Kebanyakannya kata bukaan yg agak cepat untuk anak pertama.  Bertarung lebih kurang 2 jam dalam labour room dan ambik induce & ubat bius jugak sebab bukaan jadi lambat bila cecah 8cm. 
Doc kata u can go for natural tapi mungkin ambik masa 1-2 jam untuk fully dilated.  Tengah sakit tu terbayang mama yang beranak 5, terbayang epidural yang kos RM800 yg bole pitam dibuatnya.  Hehe sempat lagi otak ligat fikir pasal duit.  Apa pun induce dan ubat bius tu memang pilihan terbaik.  Tak sampai stgh jam terus selesai semuanya.  Alhamdulillah.
Servis di GMC oleh doktor & nurses pun sangat2 berpuas hati. Lebih kepada islamic dan kita rasa selesa.  Walaupun bilik tidak lah segah hospital swasta lain tapi bagi kami semua berjalan lancar sangat memadai.  Dan yang paling penting bil rawatan dia murah.  So xpayah bayar balik ke LTAT..yeaaa =)
WELCOME TO PARENTHOOD LIFE
JUJU & HAIRUL
#panjangpulakmembebel
*TQ pada Amy, Kikin, Syera & Bum yang datang visit ktorg di GMC tempohari
*TQ pada Rat yg bw datang sup ikan merah untuk aku mlm tu.  Sedap bila sesejuk ekon & lemah badan dapat plak sup!
Post a Comment