Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Wednesday, April 30, 2014

Tentang Orang Lain

Bukan tidak bersyukur tapi lumrah hidup (lebih kepada hasutan syaiton sbnrnya) duk asyiklah melihat pada orang lain

- Bahagianya jadi dia
- Banyaknya duit dia
- Bestnya hidup dia
- Bertuahnya dia

Bla bla bla yang tak kesudahan sebab duk asyik compare orang tu dgn diri sendiri.  Makanya diri rasa macam sentiasalah kekurangan.  Erti kata lain tidak reti bersyukur.

Astagfirullah.  Nak kena audit diri segera.  Cakap mmg mudah nak buat tu yang susah. Haish!

Monday, April 28, 2014

DIY Baby Ring Sling

Kalau zaman mama (mak aku) even masa aku kekecik pun, mama akan gendong adik2 aku dalam kain batik then selit kat tepi bahu aje.

Pastu stail tu kemudian dikomersilkan oleh retis2 Hollywood..harga pun mak ai bole tahan mahai jgk noo.

Dah nama anak tukang jahit, so pau mama tlg buat kan jelah =)

Tuesday, April 22, 2014

Lagi 26 Hari

Aku pantang 44 hari je tapi tetap jugak kena jaga makan selepas itu sebab niat di hati nak full breast feeding.  Mudah2an cukup bekalan susunya.

Tapi x sabar nak tunggu confinement period tamat sebab aku letih mental dan fizikal so kalau dapat perkara-perkara di bawah mmg best nih!

- Nak minum kopi
- Nak makan kek
- Nak bercuti *tunggu duit jatuh dari langit

*Huh lamanya 26 hari.

Sunday, April 20, 2014

Dugaan Ibu Baru

Biasanya artikel untuk ibu muda, tapi sebab ibu ni x muda, so ibu baru jelah kan =)  ecececeh

Daripada pengalaman kawan2 rasanya benda2 ni sering terjadi, tapi sebab aku ni selalu ambik mudah sebelum ni (honeymoon 6 tahun kot!) makanya bila jadi benda kecik je pun macam panik melampau dah.  Pastu sesikit nak stress #lempang44kalibaruberakal

- Hari ke6 baby Izz demam & jahitan ku terbukak (misi klinik kesihatan cek dan mintak aku follow up KK tapi aku refuse dan aku follow up ke GMC) Doc Hamiza kata sikit je, xde pape lah. Legaaa!

*kisahnya awal2 tu Izz asyik menangis, rupanya tak kenyang sbb susu badan time tu x byk.  Ntah2 dia sedut dpt 3-4 titis je.  Sian anak aku.  Konon xnak susahkan mama, menggendong la Izz tu nak bagi diam.  Gerak byk sgt tu yg terbukak jahitan.  Seminggu pertama, memang menguji mental dan fizikal.

- Hari ke10 Izz dah start jeluak.  Oh my!! Paniknya rasa.  Anak aku ni dah la kelaparan macam anak burung. Menganga 24 jam.  Tak bagi susu meraung setaman perumahan bole dengar.  Dah bagi susu jeluak pulak.  Even dah proper burp pun jeluak jugak baq ang!!

- Izz dah start praktik lirik nenek-nenek si bongkok 3 pulak.  Nenek nenek si bongkok 3, siang mengantuk malam berjaga.  Kekdahnya Izz siang tido malam berjaga.  Huwaaa~

Disebabkan mental ni belum properly tune, dengar si Oyen mengiau panggil anak pun aku dah bole tensen. Belum lagi time nak nyusu si Izz tak berapa nak reti latch susu badan.  Kena try beberapa kali baru menjadi. Astagfirullah.  Waktu ni lah baru tau ko ni iman nipis ke iman tebal.

Harapnya mommy ada perubahan drastik lah dalam tempoh terdekat ni.  Macam H & kekawan selalu pesan, kalau baby tido siang, silalah tido bersama2 baby.  Benda ni mmg sgt susah nak buat sebab masa Izz tido siang otak aku ligat la nk buat itu nak buat ini padahal 100% mama dah setelkan.  Camne nih! Mommy kena sign up terapi lah cam gini.  Dah gaya mcm sakit mental. Baru anak sorang dah huru hara.  Huhu~

Tuesday, April 15, 2014

Happy/Unhappy Dunia Baru

Sejujurnya aku tak prepare diri untuk kehidupan selepas bersalin.  Kononnya nak Go with the flow.  Tapi sebenarnya aku silap.  Ilmu memang perlu dicari seperti mana aku ready kan mental untuk hadapi episiotomi.  Episiotomi tu procedure 2-3 saat je.  Sedangkan kehidupan slps ada anak ni penuh pancaroba dan memakan masa yang lama.  Nape lah benda mudah camtu pun takleh fikir. Tsk tsk

Kesan yang paling ketara selepas bersalin;

1. Handphone aku berada dalam silent mode selama seminggu

2. Komen fb/wasap/fb chat semua xterbalas (sempat baca aje)

3. Anak menangis tak tau nak buat apa

4. Pengurusan masa kacau bilau.  Tak tau bila nak urus anak, bila nak urus suami, bila nak urus diri sendiri.  Takde la urus mana pun tapi ko akan rasa hidup ko terlalu hectic

5. Makan xlalu & diri penat serta stress

6. Over sensitive & semua benda nak rasa down

Bak kata mader qiah, ni semua Postpartum blues org panggil.  Kalau dah ready mental dan fizikal dari awal mungkin tak kena kut.  Insha allah.

Sekarang ni aku dalam proses belajar benda2 baru.  Terima cabaran2 baru.  Menyusun masa sebaiknya dan yang paling utama aku kena banyak3 belajar untuk sabar dan tak cepat give up!

*tetiba menyesal pulak tak fight untuk 3 bulan cuti.  Blues aku ni dah membuang masa cuti bersalin. Sigh!

*Tq pada kekawan yang byk membantu mengenai bf terutama pd mader qiah & lin

Monday, April 14, 2014

04-04-2014 Selamat Melahirkan

Alhamdulillah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.25am dengan berat 3.6kg.  Syukur alhamdulillah.
Soalan klu orang tanya sakit tak beranak? Jawapan aku 'tersangat3 lah sakit' rasanya.  Syukur dapat hadapinya dan H kata dia tak expect aku langsung tak menangis atau mengeluarkan air mata sepanjang contraction dan proses bersalin tu.  Tapi sakitnya memang tak terluah dek kata2.  Hatta tersentuh bulu roma tangan H yang duduk di sebelah katil aku pun aku cakap 'sakit, jangan pegang'. 
Bayangkanlah perasaan suami yang xtau mcm mana nak bantu isteri dia yg tengah sakit.  Konfem waktu tu difikirnya 'cukup lah yang ni sorang' . Kalau tanya aku waktu tu pun aku akan cakap 'tengok lah dulu' =)
Sangat bersyukur semuanya dipermudahkan.  Kawan2 yang memang dah ada pengalaman bersalin banyak membantu bagi info tentang turun tanda, cara2 nak meneran, teknik memegang kaki masa meneran dan aku pun memang ada buat review pasal episiotomi (gunting) siap tengok youtube sambil pejam2 mata stress!!
Even masa turun tanda masa pukul 3am tu, sempat lagi call Amy mintak pandangan.  Syukur dapat kawan2 yang x lokek.
Once sampai ke GMC (Gombak Medical Center) dalam pukul 5am bukaan dah 6cm.  Kebanyakannya kata bukaan yg agak cepat untuk anak pertama.  Bertarung lebih kurang 2 jam dalam labour room dan ambik induce & ubat bius jugak sebab bukaan jadi lambat bila cecah 8cm. 
Doc kata u can go for natural tapi mungkin ambik masa 1-2 jam untuk fully dilated.  Tengah sakit tu terbayang mama yang beranak 5, terbayang epidural yang kos RM800 yg bole pitam dibuatnya.  Hehe sempat lagi otak ligat fikir pasal duit.  Apa pun induce dan ubat bius tu memang pilihan terbaik.  Tak sampai stgh jam terus selesai semuanya.  Alhamdulillah.
Servis di GMC oleh doktor & nurses pun sangat2 berpuas hati. Lebih kepada islamic dan kita rasa selesa.  Walaupun bilik tidak lah segah hospital swasta lain tapi bagi kami semua berjalan lancar sangat memadai.  Dan yang paling penting bil rawatan dia murah.  So xpayah bayar balik ke LTAT..yeaaa =)
WELCOME TO PARENTHOOD LIFE
JUJU & HAIRUL
#panjangpulakmembebel
*TQ pada Amy, Kikin, Syera & Bum yang datang visit ktorg di GMC tempohari
*TQ pada Rat yg bw datang sup ikan merah untuk aku mlm tu.  Sedap bila sesejuk ekon & lemah badan dapat plak sup!

Wednesday, April 02, 2014

Due Date 12/4/2014 Insha Allah

Insha allah lagi 10 hari menjelang due date.  Mudah2an baby keluar awal sebelum due date. 

Tadi check up Alhamdulillah baby sihat.  Berat lebih kurang 3.2kg.  Air ketuban pun sedang2 cukup. Kepala dah engaged dan perut pun dah turun. 

Doc nasihatkan buatlah senaman macam naik tangga, ketuk ketampi atau berjalan itik.  Insha allah untuk memudahkan laluan katanya.

Nak lagi cepat awak naik tangga Batu Caves tu.  Huhu pandai melawak doktor aku nih nooo~

Tuesday, April 01, 2014

Stretch Mark & Kegatalan Melampau

Tak semua wanita dapat simtom stretch mark ni.  Ada yang clear je siap halus mulus kulit.  Dan aku sudah pasti lah yg kategori pertama.

Dan sesungguhnya stretch mark yg aku kena ni dia datang dengan pakej combo iaitu kegatalan melampau sampai otak ko jem nak handle.

Serius aku xpenah kena sakit kulit yang gatal macam ni.  Bayangkan lah bebudak yang kena sakit kulit gatal tu kan =( kesiannya lah, aku yg tua ni pun xleh nak handle setakat stretch mark je pun!

Yang pasti ia berselang.  Memula perut mengeras melampau then gatal melampau, berselang seli datangnya.  Allahuakbar! Tak tertahan rasanya :'(