Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Saturday, January 11, 2014

Bermulanya Kisah Kucing Dalam Hidup Saya

Assalamualaikum,

Sebelum ni kucing tak pernah jadi sebahagian dalam hidup aku.  Sekadar tengok dari jauh, jumpa di gerai-gerai makan, tengok gambar wallpaper cute miut tu adalah.  Pendek kata gitu-gitu je lah.  Dan aku adalah penakut kucing tahap maksima.


Sehinggalah pada satu pagi 14/4/2013 sekitar jam 2am gitu, H terjumpa anak-anak kucing di ruang belakang rumah kitaorang.  Hanya melihat ekspresi H waktu tu, tetiba macam datang satu perasaan terus ke hati.  Hehe macam drama gitu kan.    


Tapi kucing menumpang ni garang nak mampuih.  Tak boleh nak dipegang sangat dan beberapa hari kemudian mak dia dah angkut bawak lari dah pun.  Huhu sedey!


Ni lah bebudak garang tu!



Makanya si bini ni mula lah meroyan nak kucing pulak dah sebab dah rasa macam sayang pulak.  Haish gedix sungguh la perempuan itu.  28/4/2013 terjumpa late Neru.  Kisahnya bukan terjumpa pun, memang meroyan ajak H pusing Tasik Puteri tu carik kucing sbb nak kucing jugak. Tak kira nak kucing jugak!.  

Sejak itu kucing dikira pelengkap dalam kehidupan kitaorang =) Alhamdulillah.

Sekarang kucing dah makin bertambah, dah kena start fikir nak beli 'Air Purifier' tu bagi mengelakkan rumah ada bau macam petshop.  Insha Allah ada lah rezeki kekucing tu nanti kan ;)


Tetiba nak #throwback kan. Dah xde idea sgt nak blogging lah tu.
Post a Comment