Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Wednesday, January 22, 2014

Aliff Satar - Akhiri Penantianku


Credit Lirik
Resah hati ku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktu ku
tenang jiwa ku
bila kau di sisi
Dalam dakapan mu buat ku mati

Hooooooo~

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauhhh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku


Sunday, January 19, 2014

Season View Hotel Kuantan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ada rezeki transit di Kuantan sblm balik KL.  Sudah pasti hajat paling besar transit ni sebab nak ke kedai Sookie's Store.

Setelah disyorkan oleh Amoi, ktorg book hotel Season View.  Rate pun murah siap ada breakfast.  Last time datang Kuantan masa visit Cu Mie operation ktorg menginap di Budget Hotel - Pavilion.  Rate bilik standard pun  lebih mahal drpd hotel yg ni.  Alhamdulillah rezeki ktorg.

Kitaorg duduk bilik standard yang ada tingkap.  Bilik standard ni ada jgk yang x bertingkap.  So tertakluk kepada kekosonganlah.  Ktorg book awal dan mmg mintak ada tingkap supaya aku x rasa sesak nafas padahal tgkap x bukak pun sekadar jenguk2 luar aje. 

Rate bilik standard ni RM98  termasuk sarapan pagi.  Fasiliti semua lengkap, siap cerek, peti ais, aircond & astro byk channel.

Saturday, January 11, 2014

Bermulanya Kisah Kucing Dalam Hidup Saya

Assalamualaikum,

Sebelum ni kucing tak pernah jadi sebahagian dalam hidup aku.  Sekadar tengok dari jauh, jumpa di gerai-gerai makan, tengok gambar wallpaper cute miut tu adalah.  Pendek kata gitu-gitu je lah.  Dan aku adalah penakut kucing tahap maksima.


Sehinggalah pada satu pagi 14/4/2013 sekitar jam 2am gitu, H terjumpa anak-anak kucing di ruang belakang rumah kitaorang.  Hanya melihat ekspresi H waktu tu, tetiba macam datang satu perasaan terus ke hati.  Hehe macam drama gitu kan.    


Tapi kucing menumpang ni garang nak mampuih.  Tak boleh nak dipegang sangat dan beberapa hari kemudian mak dia dah angkut bawak lari dah pun.  Huhu sedey!


Ni lah bebudak garang tu!



Makanya si bini ni mula lah meroyan nak kucing pulak dah sebab dah rasa macam sayang pulak.  Haish gedix sungguh la perempuan itu.  28/4/2013 terjumpa late Neru.  Kisahnya bukan terjumpa pun, memang meroyan ajak H pusing Tasik Puteri tu carik kucing sbb nak kucing jugak. Tak kira nak kucing jugak!.  

Sejak itu kucing dikira pelengkap dalam kehidupan kitaorang =) Alhamdulillah.

Sekarang kucing dah makin bertambah, dah kena start fikir nak beli 'Air Purifier' tu bagi mengelakkan rumah ada bau macam petshop.  Insha Allah ada lah rezeki kekucing tu nanti kan ;)


Tetiba nak #throwback kan. Dah xde idea sgt nak blogging lah tu.

Wednesday, January 01, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah menikmati hidup.  Diberi kesihatan yang baik, dikelilingi dengan orang yang penuh kasih sayang & dan dimurahkan rezeki.  Syukur Alhamdulillah.

Sesungguhnya 2013 membawa pelbagai kenangan pahit & manis.  Malah diberikan rezeki berganda yang tidak disangka-sangka.  Syukur Ya Allah.

2014 bakal memberi pengalaman baru.  Banyak yang perlu diperbaiki.  Semoga dipermudahkan segala urusan insha allah.

Selamat Tahun Baru 2014 pada semua yang singgah/tersingah ke sini.  Tanpa anda xdpt la saya menabung duit Nuffnang tu =) Terima kasih lagi skali.