Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Wednesday, October 23, 2013

Nikmati Pengalaman

Alhamdulillah minggu ni dah nak masuk 16 minggu.  Keadaan dah banyak berubah sejak minggu ke-7 hari tu.  Memang terus tak dapat nak buat keje² harian di rumah.  Kesian H, double triple penat jadiknya =(

Apa pun syukur dapat merasai nikmat dan pengalaman yang selama ni ingat mungkin tak dapat rasa.  Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat.

Aku alahan macam org lain jugak. 1st trimester muntah² di awal pagi pukul 3am-5am.  Kaki start krem, terus beli susu & mintak tolong Amy belikan minyak panas.


2nd trimester keadaan masih sama macam masa 1st tri hari tu dan ditambah dengan selera makan yang berkurang.  Tetiba jadi tak lalu makan.  Haish macam bukan juju je kan bila tgk itu tak selera tgk ini tak selera..huhuhu~

Alhamdulillah bila dah nak masuk minggu ke 16 ni, nampaknya kekuatan fizikal pun dah ada, macam segar sikit.  Mudah²an hilang dah lah alahan ni. Badan gemok makanya baby bump sudah agak nampak.

Alhamdulillah baby aktif - checkup minggu ke - 12

Tuesday, October 22, 2013

Makan Best di Muar


Assalamualaikum,


Actually ada banyak lagi banyak makan best kat Muar ni tapi memandangkan kami cuma short trip ke sini.  Tu pun sebab ada wedding, makanya ini je lah yang sempat kitorang cuba ;) Alhamdulillah merasa jugak


  1. Medan Ikan Bakar Sabak Awor (Makan Malam)

    Kitaorang ada terbaca review dengan blog mana ntah masa google search kata Kedai No. 8 Wak Jos tu sedap dan murah.

    Makanya ktorg pun try lah.  Harga sebenarnya rate standard je kut.  Masa mlm ktorg pergi tu tak banyak pilihan sangat ikan dia.  Tapi takpelah, cuba je lah.

    Menu :
    Nasi putih - 2
    Ketuka (anak ikan pari) - 1 ekor bakar biasa
    Kailan ikan masin - 2 org makan
    Sotong goreng tepung - 4,5 ekor saiz agak besar
    Kerang bakar 500g
    Air tembikai
    Air sirap laici
    Air kosong - 2

    Total : RM35

    Nasib dah jadi mak nandung, so selera kureng.  Semua dirasakan kurang enak dgn tekak.  Kalau sblm ni mau macam² lagi akan diorder.

    Sorry xde gambar sbb xberdaya nak snap pun *alasan sgt!


  2.  R & H Cafe Satey Maharani (Sarapan Pagi)

    Lokasi : Berhadapan dengan stesen bas Muar




    Nasi lemak bungkus - sedap jugak


    H ambik Mee Rebus 



    Mesti cuba signature dish - Satey
    Paling sedap satey perut & stey daging!



  3. Kopi 434


    Lokasi : Berhadapan dengan stesen bas Muar

    Kopi 434 ni sgt terkenal di Muar.  Jadi mesti rasa :)




Beli serbuk kopi 434 utk famili terchenta =)



Besarnya hidung mak nandung..huhuhu~

Monday, October 21, 2013

Hotel di Muar - Inn Home Hotel

- Budget hotel
- Harga yang berpatutan
- Selesa (baru bukak 3 bulan) so semua pun baru je
- Terletak di tgh2 Pekan Muar


Hotel ni agak tinggi dan boleh nampak dari jambatan
tapi utk 1st timer ke Muar mcm aku, jenuh berpusing jugak la mencari



Mamat yang berdiri tu nama dia Izan, dia sgt frenly.
Dia yang pick up masa aku buat phone booking.


Kalau tak silap, bilik aku ni Deluxe Standard
(Weekend rate RM114)


Dapat berus gigi..huhu~
suke even tak pakai pun :)



Ni aku punya recommendations =)
wifi tip top..awesome!


Sunday, October 20, 2013

Servis Pest Control - Adamz Pest Management

Ada masalah anai-anai? Nyamuk? Lipas? Dan lain-lain?

Tensen tak tahu nak buat apa?

Usah bimbang =)

Hubungi je Adamz Pest Management

Al-Fatihah Fadzli Mahpudz 1980-2013

Assalamualaikum,

Agak terkejut dengan news yang dicirculate dalam FB, tapi malangnya aku lambat tengok FB.  Kejadian sekitar pukul 9pagi 18/10/2013 (Jumaat) tu pukul 6 petang baru aku tahu. Haish!

Arwah sekelas dengan aku masa darjah 6 di Sekolah Rendah Sultan Ismail Kemaman.  Duduk sebelah meja lagi sbb Cikgu Shamsuddin cikgu kelas 6A waktu tu memang pair kan orang yang pandai dan tak berapa pandai.  Yang tak pandai tu aku lah.  

Lepas pada exam UPSR aku berpindah ke Kedah terus dah takde contact atau apa.  Even dah terjumpa semula di FB pun sekadar add friend gitu je.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  Al Fatihah.


Berita Metro - Kempunan bawa anak bongsu balik kampung



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Thursday, October 03, 2013

Rezeki 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah tahun 2013 dah pun masuk ke bulan oktober..sekejap je dah 10 bulan..walaupun sekejap, tapi agak banyak benda yg berlaku dalam hidup ktorg..alhamdulillah syukur.
1. Alhamdulillah tahun ni dapat duduk umah sendiri.  So hadapi lah pahit getirnya sbb lokasi agak jauh.  Almost 120km travel pegi balik keje..fuyooo magic!! 3 bulan pertama aku stress sbb x bole cope dengan masa dan badan tersangatlah letih.
2. Finally ktorg bela kucing. Hehe x sangka sbb dah lama hairul nak bela tapi aku cakap nanti lah nanti lah.  Sehingga sampai disuatu pagi Allah bukak kan hati.  Syukur alhamdulillah.  Hidup lebih nyaman, gembira dan tenang bila ada kucing.  So far dah bela 4 ekor, mati sekor tinggallah 3 ekor je.  Kami saaaayang 'late' Neru, Mikki, Oyen & Omot
3. Alhamdulillah..insha allah bakal menambah ahli keluarga.  Semoga dipermudahkan semuanya.