Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Tuesday, June 25, 2013

Sukanun Perlis - Taklimat, Mesyuarat & Pendaftaran

Assalamualaikum.

Kisahnya semua2 pendaftaran ni mmg dah buat online, tp hari ni kena serahkan semua bukti2 penyertaan macam slip gaji, menyemak nama dan IC players dan etc etc

Bermula dari lepas breakfast, terus ktorg ke Dewan 2020. Ada taklimat ringkas daripada pengarah teknikal.  Dengar citer ada sini situ sana sikit isu pasal penginapan.  Syukur presiden KESURETA tegas dgn management untuk tidak menempatkan semua player dan delegasi di hostel. 

Lepas taklimat ringkas, ada meeting untuk setiap acara pulak.  Meeting dart agak huru hara bila urusetia buat jadual JOHAN bertemu JOHAN.  Tak pernah dibuat orang.  Alhamdulillah selepas perbincangan dan mendengar pandangan di antara Urusetia dan otai2 dart, satu keputusan dapat dicapai.  Phewww!!

Selesai meeting setiap acara tu, terus kitaorg gerak ke UNIMAP cawangan Kubang Gajah pulak untuk sesi penyerahan bendera & pendaftaran kontigen.  Alhamdulillah berkat pengalaman di UMT dulu, setiausaha berjaya menyelesaikan semua urusan dalam masa yang singkat tanpa ada sebarang masalah. 

Selesai di Kubang Gajah, ktorg kena hadir meeting Bowling di Sg Petani pulak pukul 5 petang.  Jadi ktorg terus jela gerak ke SP.

Otw ke SP ktorg sempat singgah di gerai Terliuq di Alor Setar..Ermmmm sedaaaap!!

Sampai Park Avenue ngam2 pukul 5pm.  Meeting selesai sekitar jam 7pm.  Pastu nk shoot balik Perlis semula.

Tudia penat atas jalan je kaaaan. Hari & perjalanan yang panjang.   Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Sunday, June 23, 2013

Rindu Kekucing

Assalamualaikum..

Belum sampai Perlis tapi dah teringat kucing.  Dah la Oyen sakit mata :(

Rindu H jgk tp H bole call, kekucing mana bole..hehehehe~ over sangat!!

Saturday, June 22, 2013

LTAT ke Sukan Badan Berkanun 2013 Perlis

Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam selesai majlis kecil2an penyerahan bendera sebagai simbolik pengurusan melepaskan kontigen2 LTAT ke SUKANUN Perlis.
Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Yg Berbahagia Dato Z. 

SUKANUN diadakan setiap dua tahun sekali.  Untuk next SUKANUN 2015 Insha Allah akan diadakan di Sarawak. 

SUKANUN kali ini LTAT hanya menghantar 4 pasukan iaitu Golf, Bowling, Dart & Karom.  Kebiasaannya LTAT turut menghantar pasukan bola jaring tp di atas beberapa sebab tertentu, pasukan bola jaring tak dapat turut serta.  Insha Allah untuk next SUKANUN kita akan pastikan team netball ada!! Hehehe~

Selesai majlis, ada lah makan2 sket ^_^
Para AJK (termasuk aku) akan bertolak ke Perlis esok pagi.  All the best untuk LTATian!!

Sunday, June 16, 2013

Skycab Langkawi (Cable Car)

Assalamualaikum.

Saje buat entry khas sbb nk share beberapa gambar yg snap ms kat atas skycab tu.

Harga asal tiket RM30 tp kalau tunjuk mykad kena bayar RM15.  Berbaloi sgt harga tu.

Dari bawah nampak macam xde apa sgt la cable car tu tapi AMARAN jika anda gayat tahap gaban sila jangan naik..Masa memula naik, cable car jalan slow je, klu tgk bawah mmg bole pitam, hutan sesaja..pastu ada satu part tetiba angin bertiup plak masuk.  Skycab ni xde aircond, so ada tingkap2 kecik untuk pengudaraan.  Bila angin bertiup rasa mcm bergoyang aku dah senyaaaaaap..ngeri siap fikir cmne nk turun nanti *phewww

Ada dua point untuk berhenti.  Antara point pertama dan kedua tu x jauh sgt lah.  So ktorg turun dkt point pertama, snap sana sini then tggu another cable car utk sambung perjalanan.

Point kedua lebih luas.  Ada kedai2 yg jual sourvenir & ada gerai jual burger.  Boleh tahan lama ktorg lepak atas ni dari cuaca cerah, berkabus sampai lah hujan.  Siap lencun..haish..Hajatnya nk tggu hujan reda baru turun tp nampak pada gaya semua cable car yg naik xde org.  Rupanya depa dah blocked org dari naik mgkn sbb angin kan.  Habis yg turun ni x berangin? Huwaaaa~  H kata ni lah peluang yg baik utk turun sbb berkabus dan x nampak apa.  Ermmn betul jgk tu, spjg perjalanan turun mmg x nmpk apa, tp still cuak, hujan dan berangin..adoiii ngeri ngeri.

Skybridge masih ditutup utk maintenance.  Xtau la depa baiki apa sbb nmpk bridge tu kukuh je.  Mgkn struktur bawah ada terhakis kut.  Aku rs skybridge lg ngeri.  Ngeri utk org gayat mcm aku.

Oh ye kat bwh sblm naik akan ada org snap photo.  So bila korang turun dia dh siap print lah nk jual.  Harga RM35.  Ktorg x beli pun sbb dia snap kabur!! Huh..agak rs bersalah tp x berbaloi dgn harga tu kut.  Klu korg xnk rs bersalah mcm aku, korang ckp je xnk gmbar..

Jom lah layan gmbr yg snap dr Sony Xperia S aku ni :) dr dslr blm transfer..alah lebih kurang je gmbrnya, resolusi je beza..kan kan!

Tuesday, June 11, 2013

Langkawi - Day 2 Edisi Terjah

Alhamdulillah tidur lena & selasa.  Cuaca di Langkawi hujan aje.  Syukur alhamdulillah sempat naik sky cab semalam.

Memandangkan cuaca hujan yg jenis ssh nk berenti, so ktorg pusing2 pulau, snap gambar sana sini & aktiviti wajib apa lagi JJCM lah \(^_^)/

1. Alhamdulillah hari kedua dimulakan dgn sarapan pagi yg disediakan olrh Baron Hotel, Langkawi

2. Snap gambar pantai di Jalan Penarak.  Sayang betul berdekatan dgn area sini ada resort yg terbiar. Luas kawasan tu siap private beach. Huh

3. Pantai tepi Airport.  Ada lori kecik nama Laksa Power.  Sedap jgk laksa dia mgkn sbb suasana angin sepoi x sudah sudah tu.  Laksa biasa RM3.  Laksa special mangkuk besar RM6. Rojak pilih2 semua item RM1/pcs. Air RM1/cup

4. Kitaorg pusing pantai Chenang dan fefeeling tourist luar, beli slipar sbb kasut rosak kena ujan..huhu~

5. Mencari makam mahsuri tapi terjumpa gerai 'Nasi Dagang Pak Malau'  sedap gile!! Sebijik macam mama masak.  Rupanya acik tu org kelantan, hubs org selangor tp settle down di Langkawi.  Makan sambil menikmati kehijauan dan bukit bukau.  Sangat mendamaikan.  H siap ajak duk Langkawi, mmg la nak tapi aku xnk jauh dari family :( tu ajer

6. Taman Agrotek Mardi.  Tiket masuk RM20 tp kalau ada MyKad cuma RM5 sahaja.  Naik trem, pusing2 ladang buah, ada pitstop utk makan2 buah.  Ada jual fridge magnet buah2an yg comel gile!!

7. Pantai Pasir Hitam.  H ni suke kan kedamaian.  So hutan2 & laut2 ni mmg fav place dia lah.  Aku pun layan skali main air laut.  Maklumlah dh beli selipar kan

8. Kedah Kilang Simen.  Tersergam megah.  Walaupun aku bkn org Kedah tapi rasa bangga bila tgk kilang tu.  Feeling that u cant describe gitu..chewaaah~

9. Perdana Quay.  Kat sini banyak org park kapal layar.  Dkt area Kuah ada Yatch Club tp area situ xleh masuk aku rasa.  Kat sini open area so park kete then u can walk all the way.  Serius nyaman dan aman lepak sini.  Pasni kumpui duit pegi percutian atas kapal layar plak lah. *mode verangans

Gitulah aktiviti hari kedua ktorg.  Balik hotel tido x sedar diri dah

Notakaki: Gambar x tersusun ikut kronologi, xtau la awat apps ni x reti ikut susunan.  Pakai tepon jelah kata, pepandai uols la suai kan gambar dgn no. Cerita ye

Monday, June 10, 2013

Langkawi - Day 1 Edisi Terjah

1. Tiket feri drpd Kuala Perlis RM18 sehala

2. Sewa kereta (agen kereta di Jeti Kuala Perlis) tawakkal ajelah.  RM70 sehari. Kereta Nissan Sentra

3. Sky Cab (Cable car di Geopark Langkawi) Tiket RM30 (tiada MyKad) kalau ada MyKad RM15 seorang. 
Serius gile ngeri naik benda alah ni. Huwaaaa~

4. Baron Hotel (Hotel Budget di Pekan Kuah). Peak hour RM120 standard room.  Hari biasa RM100. Dah nama pun hotel gile bajet, dalam bilik tiada cerek, tiada iron, tiada remote tv.  Apapun tilam, bantal, water heater, fridge ada dan selesa.  Alhamdulillah.  Dekat dgn tempat makan dan tempat shoping (Emporium Azio, Haji Ismail Group, Kompleks Saga) boleh jalan kaki je..tp penat sket lah

5. Jai Island Cafe
Berdepan dgn Hotel Baron.  Sedap dan harga standard