Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Friday, October 26, 2012

Renungan Jumaat - 7 Perkara Yang Wajib Kita Ingati


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata:


“Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka

2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang di atasku

3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan

4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya

 5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia

 6. Saya dipesan supaya jangan takut di dalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek

7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.


Friday, October 19, 2012

Renungan Jumaat - Anda Inginkan...

Anda inginkan..

Kesihatan?
Sentiasalah berpuasa
Seri Wajah ?
Sentiasalah bangun qiamullail
Ketenangan?
Selalulah membaca Al-Quran

Kebahagiaan?
Sembahyanglah di awal waktu

Keberkatan?
Sentiasalah berselawat pada Rasulullah S.A.W




Friday, October 12, 2012

Renungan Jumaat : Ayat Penggerak/Pendinding Diri

Salam,





KEGUNAAN AYAT PENGGERAK/PENDINDING DIRI 

Cara menggunakannya :- 

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7x. 

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7x bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut. 

3. Amalkan bacaan di atas 3x tiap-tiap lepas solat sehari untuk sebatikan dalam badan agar Allah melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang MUDARAT pada hari berkenaan. 

4. Jika hendak menjamah makanan/minuman diluar rumah seperti di restoran dan R&R,sila baca dalam hati 3x,jika makanan tersebut mengandungi racun/santau,dengan izin Allah cawan/pinggan itu pecah. 

5. Jika hendak menaiki kenderaan,baca juga ayat ini 3x supaya kita akan dielakkan dari sebarang malapetaka seperti accident dan sebagainya. 

6. Jika kita menjalankan perniagaan,insyaAllah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika mengamalkannya 3x tiap-tiap lepas solat. 

7. Bagi mereka yang bertugas sebagai Perawat Islam atau pesakit gangguan jin dan orang biasa juga,kesan amalan 3x tiap lepas solat ini juga akan dapat mengunci tubuh mereka dari dimasuki jin. 


Credits : Dewa Rimbaz & Darussyifa’

Thursday, October 11, 2012

Cara Daftar Api & Air Untuk Rumah Second

Salam,

Alhamdulillah semalam ktorg dah selesai tukar nama untuk api dan air rumah..syukur semua berjalan lancar..

So saje nk share, mana tau bole bagi manfaat pd org lain pulak ;)


1. TNB
- Pergi kedai tenaga yg berhampiran dengan rumah yg hendak ditukarnama tersebut. Kitaorg rumah di tasik puteri kena daftar di kedai tenaga Rawang
- Isi borang tukar nama
- Sediakan perkara2 berikut; 1 copy s&p, 1 copy ic, setem hasil rm20 bole dibeli di pejabat pos (sila buat siap2 semua perkara ni)
- Bayar baki tunggakan penama lama sekiranya ada
- Bayar deposit baru. Jumlah deposit bergantung kpd jenis rumah. RM200 untuk teres dua tingkat
- Selesai -_-


2. Syabas
- Pergi ke kaunter syabas yg menguruskan region rumah anda. Mcm ktorg kena ke kaunter syabas Kuala Kubu Bharu dan bukan di Gombak
- Sediakan 1 copy s& p, 1 copy ic
- Bayar tunggakan penama lama sekiranya ada
- Bayar deposit baru RM100
- Bayar untuk masukkan meter RM200
- Selesai

Alhamdulillah semua selesai..byk jgk perlu duit utk tukar nama ni rupanya..pheww *berpeluh dahi

Wednesday, October 10, 2012

Free Online HTML Editor

Salam,

Hari tu masa dekat kampung pinjam laptop Nazreen nak godek template blog, pastu baru teringat yg laptop dia takde Dreamweaver.


Teknologi kan di hujung jari, makanya terjumpalah web ni http://www.html.am/html-editors/online-html-editor.cfm 

memang sangat² membantulah


Tuesday, October 09, 2012

Happy Birthday Adik Yi 9 Oct 2012

Happy birthday abangSemoga menjadi anak yg soleh, 
dimurahkan rezeki & ceria² selalu..Ameen~


Monday, October 08, 2012

Minimalist

Salam,

Akhirnya bertukar jugak template blog ni..aku suke je..harap korang yg menjengah pun suke jugak ;)

Happy Birthday Nono 8 Oct 2012


Happy birthday Nono

Semoga menjadi anak solehah,
dimurahkan rezeki & ceria² selalu..Ameen~




Saturday, October 06, 2012

Turun Naik Kehidupan


I need caffein *tetiba

Selain mengingat padaNya, minum kopi mmg bole buat kita rasa mcm legaaaa gitu

Lagipun bukan kehidupan namanya kalau xde turun naik..hadapilah dgn tabah..berpeganglah bahawa Allah ada untuk bantu kita