Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Friday, January 27, 2012

Renungan Jumaat - Walimatul urus

Walimatul urus

a.       Maksud walimatul urus :
·         kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan
b.       Hukum walimatul urus :
·         Sunat muakkad.
c.       Adab walimatul urus :
·         Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai
·         Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri
·         Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas

d.       Hikmah walimatul urus :
·         Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga
·         Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan
·         Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin
·         Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah


post signature

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday - Insyaallah

Still a looooong way to go..Insyaallah..Ameen





post signature

Friday, January 20, 2012

Renungan Jumaat - Jauhi Percakapan Sia²

"Manusia yang jaaaaaauh daripada Allah adalah orang yang berhati keras" 
Masyaallah



post signature

Sunday, January 15, 2012

Happy 1st Birthday Asif

Aty juju & uncle H loves u lil bam bam..happy birthday Asif

Friday, January 13, 2012

Renungan Jumaat - Muhasabah Diri Itu Lebih Baik


Kelebihan bermuhasabah
Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.


Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.


post signature

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

His Fav Choc Cake

Dikala lapar ni terasa mcm air liur dah menjejes² keluar..ok, sy sedang puasa ganti makanya nafsu makan telah membuak-buak..adeh!!






Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
4 biji telur (kalau size telur besar, 3 biji pun dah ok)


Cara-cara

1. Campur semua bahan
2. Adun dengan mixer sampai sebati
3. Tuang dalam bekas loyang (kalau loyang kecik, tuang separuh je sbb takut nnt kek melimpah pulak)
4. Kukus selama sejam atau sejam setengah baru angkat dan sejuk kan
(untuk uji kek dah masak ke belum, cucuk dengan penyucuk kek atau garfu pun boleh..bila dah cucuk masih ada cair yg melekat pd garfu tu maksudnya kek belum masak betul lagi)



TOPPING COKLAT (main ikut suke hati je)

Bahan-bahan:

1/2 bar choc masakan
2 sudu minyak masak
1/2 cawan susu cair
sedikit susu pekat (secukup rasa)


Cara-cara (sepatutnya buat cara double boiler) tapi belasah je masak dalam periuk kecik

1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecik
2. Kacau sebati
3. Bila dah likat sikit, tutup api
4. Boleh sapu dkt kek dah

** aku suke kek moist, so aku tak biarkan coklat tu masak likat, dah ala2 tu aku terus tutup api dan tuang atas kek..hasilnya kek yg comot dengan topping tapi agak moist


Selamat mencuba..kalau tak sedap mintak mahaap la nooo =)

post signature

Saturday, January 07, 2012

Aku Mudah Lupa

"TULISKAN rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT. Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.

Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita, hambaNya yang beriman (via Nur Syuhada Abu Hassan)"

Aku quote drpd syumei dkt fb aku..sgt menarik!!

Aku mudah lupa bila kesusahan dtg, aku cpt down..padahal Allah dah sediakan yg terbaik utk aku di kemudian hari..

Astagfirullahalazim..


Thursday, January 05, 2012

4/1/2012 - Tahun Kedua di LTAT

Salam,

Alhamdulillah dah msk tahun kedua kami di sini..kami tu adalah aku, kikin, amy, sherina, jeri & nizam..kami antara badge yg masuk ramai serentak..

Antara perkembangan sihat since 2010 until skrg

i) Aku - sihat dan membesar bagai johan..skjp je dpt feeling kurus, pastu stop netball seketika..tu diaaa naiiiik berat badan dgn jayanya..dh la mmg sedia ada over weight kan

ii) Amy - bertunang, kawen, mengandung & bersalin anak first dan skrg tgh mengandung anak second..alhamdulillah

iii) Kikin - bertunang, kawen dan skrg tgh mengandung..alhamdulillah

iv) Sherina - mengandung & melahirkan anak sulung..Alhamdulillah

v) Jeri - Sudah terer main dart dan skrg tgh berbahagia dgn org yg tersayang..mudah2an ke jinjang pelamin..ameen

vi) Nizam - yg semakin ensem..ermmm aku xsure apa perkembangan terkini dia..huhu~

Happy 2nd anny geng!!

Monday, January 02, 2012

2012 - Selamat Tahun Baru

Salam,

Di kala org berlumba2 update timeline fb / twitter / update blog pasal tahun baru hari tu, aku masih x punya mood untuk menulis

Urusan menengok rumah membuatkan aku leka, lalai dan berangan manjang..masyaallah..mujur Allah cepat sedarkan

Walaupun agak terlambat, tetap jgk nak wish slmt thn baru..semoga tahun ini adalah lebih baik dr tahun sblm2 nya..

*Alhamdulillah urusan tengok & pilih rumah dah selesai..sebulan jgk ambik masa..fuuh!!