Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Tuesday, November 27, 2012

BlogPost for Android (Blogging Apps)

Salam,

Nampaknya apps blogging ni sangat best!!

tapi malangnya ada bugs masa nk upload photo, hopefully developer dia betulkan lah apps ni..sedih!



Posted via BlogPost

Monday, November 26, 2012

Awning & Grill

Salam,

Alhamdulillah dpt jgk pasang grill kat belakang rumah & tambah awning sikit depan rumah

Survey punya survey, dapatlah harga RM8 sekaki..sblm ni survey harga dgn cina & melayu semua caj RM12.50 sekaki..mahai betui..awning biasa je kut

Weekend lepas selesailah pemasangan awning..at least adalah jgk benda happy yg berlaku selain masalah plumbing yg menyakitkan jiwa tu

Alhamdulillah semua ok..sesapa yg berminat bole hubungi HERRY 016-9467065 orangnya soft spoken je dan mmg dia sendiri involve dlm pemasangan awning ni

Grill & awning belakang


Awning depan



Posted via Blogit!

Dugaan Beli Rumah Second

Salam,

Dari awal beli biasalah kalau ada prob itu, prob ini..tapi bila dah dpt kunci, prob lain pulak timbul

Api & air kita akan daftar/tukar once dpt kunci..by the time dpt kunci, agent yg jual tu dh lepas tgn dah


Memula air serap dinding, pastu syiling tetiba ada kesan air bocor plak..bila dh betulkan syiling..sehari je bertahan pastu dh bocor balik..nak x nak terpaksa jugak carik plumber

Sabtu lepas plumber dh buat yg pasal air serap dinding, paip tersumbat & tukar pelampung tangki..tapi hari ahad air bilik atas x keluar jgk..rupanya dah bocor dkt pnyambung tangki tu pulak, abis bocor dkt bilik atas tu..sabar jelah

End of week baru plumber tu nk betulkan sbb smlm pun dh petang :(

abis dah berkulat dinding..sob sob

Sunday, November 25, 2012

Durian Crepe

Salam,

Pening kepala sana sini org menyebut durian crepe..dh jadi musim plak padahal kat mid valley bantal durian ni depa juai dh lama smp macam x laku lah sbb xde sape pun beli..

Ntah2 skrg ni org sampai beratur kut nk membeli..huhu~ Aku penah beli yg mid valley tu dolu2 tp dh lupa dah rasa dia sedap ke x

Utk kali ni aku dh rasa dari dua penjual..yg 1st isi durian dia sikit sgt RM10-3 ketui, yg 2nd ni isi bole tahan lah tp mcm mahai sket RM12-5 ketui..

RM12 - 5 ketul


Monday, November 19, 2012

Kitchen Cabinet - Carola Kitchen

Salam,

Alhamdulillah dah selesai pemasangan kitchen cabinet. Ktorg ambik drpd Carola Kitchen cawangan rawang. So far situ layanan dia best berbanding HQ di country homes..harga di rawang pun murah sket (kami pergi dua2 kedai sbb kebetulan masa pegi tu, dkt rawang ramai customer, kekonon nk cepat pegi lah cwgn lain)

Disebabkan budget terhad, makanya kami tukar material dan ubah design jadi plg basic

Top material - formica
Door material - melamine ABS
Size - 10x5
Elba Hood & Hob
Free sink
Tempoh pemasangan - lbh kurg 5 jam

Alhamdulillah, hasil pemasangan memuaskan

Sunday, November 18, 2012

Wedding Kak Ngah 17/11/2012

Alhamdulillah majlis dah pun selesai..walaupun ada a few incident happened, alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar..Allah tu ada, janji Allah itu pasti, tunggu jelah masanya nnt

Lupakan kisah sedih, Jom layan gambar drpd photographer k.ngah

Wednesday, November 14, 2012

Wiring & Pemasangan Lampu Kipas

Wiring conseal




Pemasangan lampu, kipas, rail langsir & plumbing

Salam,

Alhamdulillah sangat puas hati dengan hasil kerja wireman ni..Jadinya, benda yang baik elok dihebah2  kan gitu :)

Boleh email En Aza untuk quotation - maizanaza@gmail.com

017-256-6302 (sms/whats app/call)

Friday, October 26, 2012

Renungan Jumaat - 7 Perkara Yang Wajib Kita Ingati


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata:


“Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka

2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang di atasku

3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan

4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya

 5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia

 6. Saya dipesan supaya jangan takut di dalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek

7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.


Friday, October 19, 2012

Renungan Jumaat - Anda Inginkan...

Anda inginkan..

Kesihatan?
Sentiasalah berpuasa
Seri Wajah ?
Sentiasalah bangun qiamullail
Ketenangan?
Selalulah membaca Al-Quran

Kebahagiaan?
Sembahyanglah di awal waktu

Keberkatan?
Sentiasalah berselawat pada Rasulullah S.A.W




Friday, October 12, 2012

Renungan Jumaat : Ayat Penggerak/Pendinding Diri

Salam,





KEGUNAAN AYAT PENGGERAK/PENDINDING DIRI 

Cara menggunakannya :- 

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7x. 

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7x bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut. 

3. Amalkan bacaan di atas 3x tiap-tiap lepas solat sehari untuk sebatikan dalam badan agar Allah melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang MUDARAT pada hari berkenaan. 

4. Jika hendak menjamah makanan/minuman diluar rumah seperti di restoran dan R&R,sila baca dalam hati 3x,jika makanan tersebut mengandungi racun/santau,dengan izin Allah cawan/pinggan itu pecah. 

5. Jika hendak menaiki kenderaan,baca juga ayat ini 3x supaya kita akan dielakkan dari sebarang malapetaka seperti accident dan sebagainya. 

6. Jika kita menjalankan perniagaan,insyaAllah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika mengamalkannya 3x tiap-tiap lepas solat. 

7. Bagi mereka yang bertugas sebagai Perawat Islam atau pesakit gangguan jin dan orang biasa juga,kesan amalan 3x tiap lepas solat ini juga akan dapat mengunci tubuh mereka dari dimasuki jin. 


Credits : Dewa Rimbaz & Darussyifa’

Thursday, October 11, 2012

Cara Daftar Api & Air Untuk Rumah Second

Salam,

Alhamdulillah semalam ktorg dah selesai tukar nama untuk api dan air rumah..syukur semua berjalan lancar..

So saje nk share, mana tau bole bagi manfaat pd org lain pulak ;)


1. TNB
- Pergi kedai tenaga yg berhampiran dengan rumah yg hendak ditukarnama tersebut. Kitaorg rumah di tasik puteri kena daftar di kedai tenaga Rawang
- Isi borang tukar nama
- Sediakan perkara2 berikut; 1 copy s&p, 1 copy ic, setem hasil rm20 bole dibeli di pejabat pos (sila buat siap2 semua perkara ni)
- Bayar baki tunggakan penama lama sekiranya ada
- Bayar deposit baru. Jumlah deposit bergantung kpd jenis rumah. RM200 untuk teres dua tingkat
- Selesai -_-


2. Syabas
- Pergi ke kaunter syabas yg menguruskan region rumah anda. Mcm ktorg kena ke kaunter syabas Kuala Kubu Bharu dan bukan di Gombak
- Sediakan 1 copy s& p, 1 copy ic
- Bayar tunggakan penama lama sekiranya ada
- Bayar deposit baru RM100
- Bayar untuk masukkan meter RM200
- Selesai

Alhamdulillah semua selesai..byk jgk perlu duit utk tukar nama ni rupanya..pheww *berpeluh dahi

Wednesday, October 10, 2012

Free Online HTML Editor

Salam,

Hari tu masa dekat kampung pinjam laptop Nazreen nak godek template blog, pastu baru teringat yg laptop dia takde Dreamweaver.


Teknologi kan di hujung jari, makanya terjumpalah web ni http://www.html.am/html-editors/online-html-editor.cfm 

memang sangat² membantulah


Tuesday, October 09, 2012

Happy Birthday Adik Yi 9 Oct 2012

Happy birthday abangSemoga menjadi anak yg soleh, 
dimurahkan rezeki & ceria² selalu..Ameen~


Monday, October 08, 2012

Minimalist

Salam,

Akhirnya bertukar jugak template blog ni..aku suke je..harap korang yg menjengah pun suke jugak ;)

Happy Birthday Nono 8 Oct 2012


Happy birthday Nono

Semoga menjadi anak solehah,
dimurahkan rezeki & ceria² selalu..Ameen~




Saturday, October 06, 2012

Turun Naik Kehidupan


I need caffein *tetiba

Selain mengingat padaNya, minum kopi mmg bole buat kita rasa mcm legaaaa gitu

Lagipun bukan kehidupan namanya kalau xde turun naik..hadapilah dgn tabah..berpeganglah bahawa Allah ada untuk bantu kita

Friday, September 28, 2012

27 Sept 2012 - My 32nd Birthday

Salam,

Alhamdulillah semalam birthday yang ke 32..sejak pagi tak putus² wish daripada suami, mama, abah dan semua adik² tru sms, pastu kekawan ofis lak wish tru group whats app dan masih ada a few old friends yang wish tru sms.  Kalau kat fb tu maklumlah auto trigger, alhamdulillah ramai jugak yang wish =) TQ semua..really appreciate it


Takde celeb apa sangat, cuma keluar lunch dengan kawan gelak bergaduh bersama je lah..Pastu bila balik ofis dapat pulak bunga dari en. suami tercinta.  Senyum sampai ke malam la jawapnya..huhuhu~ *maklumlah jarang² dapat bunga ni.

Syukur alhamdulillah di atas segala-galanya.  Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Mu Ya Allah..Ameen~


Bday Wishes >..<



Geng lunch! seperti biasa akan ada body guard ^-^ hehehe



Budak tak keruan dpt bunga 
*sbb igt thn ni xdpt :) maklumla byk mslh speshly urusan beli rumah



Spot ni dah digantikan dengan bunga kering yg tahun lepas punya
ermmmm harum bau bunga..suke suke suke


Friday, September 21, 2012

Wahai mood sila kembali

Salam,

Terasa rindu dengan blog sendiri.  Sebab rasa macam dah lama gile lah tak update..Ada je benda nak share tapi nanti malas nak collagekan gambar, sudahnya tersadai gitu je.  Citer pun dah jadi basi.  

Banyak masalah kut sebenarnya, so serabut otak terus malas update blog..heh!

*alasan tak sudah² pastu komplen apsal duit kat nuffnang tak naik-naik..haish ni lah manusia

Tuesday, September 11, 2012

Ijab Qabul Norhidayah & Baharum 8/9/2012

Salam,

Tahniah Kak Ngah.



Alhamdulillah selesai majlis Ijab Qabul.  Kenduri akan dibuat bulan November nanti insyaallah.  


Gambar² daripada Photographer yg k.ngah hired.
Gambar kitaorg ambik belum sempat tengok² lagi ;)







Tuesday, September 04, 2012

Wedding Doodle by Istana Cinta

Salam, 

Skrang ni trend orang kawen semuanya tempah doodle..alahai kiut miutnya..disebabkan geram yang terlampau makanya aku pun tempah lah doodle daripada ISTANA CINTA :D

Hasil kerja adik ni sangat kiut miut dan kemas..Alhamdulillah aku mmg suke³ sangat..Kalau korang nak tempah boleh klik je FB link dia kat atas tu atau pun kalau korang takde fb, bole terus email je dkt dia di alamat 
farhah_zaidah@yahoo.com



Gambar asal





Draft yang dihantar ke email



Tadaaa~ dah siap!

Sunday, August 05, 2012

Blogging with Android : Blog It, Picsay, KD Collage

Salam, Dengan hanya 3 apps android ini, anda mampu berblog di mana saja anda berada :) chewaaah!
1. Blog it
- Interface yg sangat mudah digunakan - Boleh add gambar di antara perenggan - Apps yg ringan


2. Picsay Pro
- Bole upload gambar dgn saiz yg besar - Baaanyaak effects - Mudah utk edit gambar (crop, add title, etc) - Sharing to apps lain (fb, twitter, insta, etc)



3. KD Collage
- Bole pilih saiz gambar - Banyaaaak pilihan collage - Mudah digunakan