Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, January 03, 2011

Dinner Ku Hangus

Salam,



Malam tadi badan tak berapa sihat..so malas la nak masak, lagipun petang masa kitaorang beli barang dapur, dah pegi makan sizzling..

Tapi hala ke malam, macam nak kunyah² something lak rasa..So kuarkan pizza instant..bubuh 3 keping cheese (well, im a cheesy lover)..masuk dalam microwave, pulas temperature dkt medium sudaaa, then pulas time 30 minit..So aku pun tinggal lah..

Tak sangka pulak en. suami ku yang sememangnya selalu membantu didapur telah menguatkan temperature kepada HIGH..

Selepas 30 minit, pizza ku HANGUS!!! Frust menonggengnya lah sbb dah verangansss nak makan sambil tgk tv nih..huwaaaaaa~

Bukan lagu EXIST je ada lirik lempeng hangus, kali ni lirik patut tukar PIZZA ku hanguss..

Sob sob sob..tak makan lah jawapnya (tapi tipu lah tu..aku makan sosej..tapi tak best lah sbb dah berangan nk makan pizza)

Malang skali jadi habuan tong sampah jaa =(


* Ingat nak snap pizza yg hangus tu, tapi hati tengah panas campur frust..takde hingin dah aku nak snap lagi..sob sob
Post a Comment