Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, September 20, 2010

Kg Mak Chili, Kemaman With Luv ♥♥

Salam,


Aku membesar di Kg. Mak Chili, Kemaman, Terengganu..Aku tak igt aku duduk situ dari umur berapa tapi sejak tadika aku dah bersekolah di TABIKA Mak Chili, pastu bersekolah di Sek. Rendah Sultan Ismail dari Darjah 1 - Darjah 6..Kitaorg memang takde sedara mara pun kat kampung tu, tapi tinggal di situ dengan suasana yang harmoni seolah-olah tu lah kampung aku.  Aku ada raaaaamai kawan kat sana yang lebih kurang sebaya, pastu boleh kata memang kenal orang² kampung kat situ.
Lepas je exam UPSR tahun 1992, kitaorg berpindah ke Kedah sebab ayah aku kena bertugas di sana..Sejak dari itu, seingat aku baru sekali kitaorang jejak Kg. Mak Chili tu.  Dan Alhamdulillah, tahun ni 2010..lagi skali kami sekeluarga dapat ke sana..Rindu sangat dengan kampung tu...Hampir semua dah berubah..Sepanjang perjalanan dari Dungun ke Kemaman pun semua dah berubah, traffic light banyak sungguh.. Tensi tul asyik kene berenti..huhuhu~

Bila sampai je area Bakau Tinggi, aku dah macam hanyut..Sebab otak ligat imbau kenangan lama masa kecik² dulu..pernah naik beca gi skolah (dulu² tak naik van, ayah aku upah orang beca hantar n ambik balik skolah)..pastu pernah jatuh basikal, pastu gi minum ABC lepas balik skolah, gi pekan Chukai naik basikal sambil pegang payung sebab hujan..yang tu aku gi ngan si Linda Elier (xtau ko igt ke tak Linda) Kenangan lah semua ni..riiiindu sangat pada kenangan lalu.

Raya ke-empat baru ni, sebelum balik KL, kitaorg singgah visit neighbour lama kat Kg. Mak Chili ( Pak Su Din & Cik Ya sekeluarga) dan sempat singgah umah kawan parents aku di Kg. Mak Chili Paya (Cik Lan & Cik Zah sekeluarga)

Mcm² dah aku melalut..Tapi dalam gembira, ada jugak duka bila menerima khabar yang kawan skolah rendah kitaorang Suria Wardah kembali ke rahmatullah sehari sebelum Syawal..Al-Fatihah, semoga roh ditempatkan di kalangan orang² yang beriman..

Jom lah layan gambar penyinggahan kitaorang di Kemaman
{Petronas Kemasik}

{Rasanya ni dah area Bakau Tinggi}


{Kitaorang dengan Paksu Din & Cik Ya Sekeluarga}

{Rumah belakang tu lah yg aku duduk,
nampak tak yg bumbung merah tu}

{Mama wif Cik Ya}

{Ni persinggahan kedua - Family Cik Lan n Cik Zah}

{Seronok dpt jumpa kawan lama, keje gelak je}

{Tak puas² peluk..Cik Zah ni rindu mak aku sampai menangis lah}


Insyaallah ada rezeki aku nak turun Kemaman lagi, sbb aku nak gi jengah skolah rendah aku tu..pastu ada ramai lagi yg masih stayed sana..so bole la meet up sekejap..
Post a Comment