Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Saturday, August 14, 2010

Tutorial - Setting Blogspot Kepada Domain Dot Com

Salam,

Alhamdulillah hari ni nak masuk hari ke-4 umat islam berpuasa, Selamat Berpuasa Semua!!
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku nak up sedikit tutorial camne nak setting blogspot ke domain dot com (.com), memandangkan aku mengalami kesukaran tahap gaban hari tu, so aku harap dengan adanya tutorial ni, dpt la membantu korang sedikit sebanyak..seriously aku hari tu dah nak sampai tahap give up, igt nak let go je rm30 hengget tu..huhuhu~ nasib belum patah semangat lagi.

Sumber asal tutorial ni boleh dirujuk DI SINI (Malaysian Computer Technical Blog) tapi ni aku ada olah2 sket but still tanpa tutorial dia, blog aku takkan up up lagi aku rasa..

** Setting ini hanya untuk domain yg masih menggunakan hosting blogspot
  1. Beli Domain

    Untuk domain ni, aku beli dengan MERCUMAYA.NET, sebab paling murah yg aku jumpa hari tu RM30 je setahun.  Btw ada banyak lagi company lain yg jual domain, so cari lah yg paling murah dan OK


  2. Setting Rekod CNAME

    Menurut Malaysian Computer Technical Blog tu, kalau kita beli domain bukan daripada blogger.com, kita perlu manually setting CNAME.  CNAME itu berfungsi untuk meletakkan www atau blog atau apa sahaja di hadapan domain anda. Contohnya, www.mywindowsxp.info atau blog.mywindowsxp.info

    Utk setting ini, sila ikut arahan no. 3


  3. Manage Domain di DNS Exit

    Mercumaya.net memang ada fungsi Manage Domain, tapi malangnya even aku dah setting still blog aku tak dpt up selama 2 hari, jadinya aku guna free service, lepas setting kat dns exit je terus up blog aku.

    • Sila register akaun terlebih dahulu, lepas tu login

    • Pilih menu my account



    • Dekat ruangan CNAME, masukkan maklumat berikut
      Alias : www.namadomainanda.com
      Point to host : ghs.google.com



    • Sila copy senarai name server yang disediakan oleh dnsexit (sbb nnt nk kena setting kat mercumaya.net)


4. Setting di Mercumaya.net
   
  •     Login ke akaun Mercumaya.net


  • Klik Domain - List all orders


  •  Klik My Account

  •  Klik Domain, lepas tu klik Name Server
  •  Masukkan senarai name server dari dnsexit tadi


5. Setting di Blogger.com

  • Login pada blogger dashboard
  • Klik Setting, Publishing
  • Masukkan nama domain anda
  • Save settings


Mudah2an tutorial ni dpt membantu sedikit sebanyak ;) good luck!
    Post a Comment