Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Monday, August 09, 2010

Domain Dot Com RM30 Setahun - Mercumaya.net

Salam,

Domain yang aku pakai ni, aku register cuma RM30 je setahun dari mercumaya.net   Aku tak tau lah kut ada lagi company yg offer lagi murah, tapi sebelum aku beli hari tu, aku ada buat survey harga dari beberapa company, aku rasa yang ni paling murah kut.  Tapi kalau ada yg lagi murah, korang tinggal link kat komen aku yer

So far aku sangat berpuas hati sbb servis dia sangat3 cepat.

Aku isi online form pukul 7.40am (4 Ogos) hari tu..Pukul 9ish gitu aku dah dpt confirmation dan siap dapat akaun untuk login control panel..Petang tu jugak domain aku dah aktif dah  (kebiasaannya domain akan up dalam 24 jam)

Aku jugak dah submit testimonial;

Client: Julianna Idura D.
Salam, saya baru sahaja membeli sebuah domain dengan mercumaya.net. Harga Domain yang ditawarkan oleh mercumaya.net adalah yang paling rendah di antara beberapa syarikat lain. Selain itu servis yang diberikan sangat-sangat cepat. Saya mengisi online form sekitar jam 7.40am pada 4 Ogos yang lalu, dan dalam pukul 9am saya telah mendapat email "Confirmation of your Customer Registration with MERCUMAYA.NET". Tanpa perlu menunggu lama, domain saya telah aktif pada hari yang sama. Saya juga ada menghubungi support mercumaya.net bagi membantu saya dalam konfigurasi name server dan saya amat berpuas hati dengan layanan dan bantuan yang telah diberikan. Saya dengan rasa gembira akan terus menyokong mercumaya.net dan akan menghebahkan kepada rakan-rakan mengenai kecekapan servis mercumaya.net Terima kasih

Kalau korang nak baca testimonial orang lain, sila lah klik (takde affiliates pun dkt link ni, so jgn risau)  -->
http://www.secure.mercumaya.net/reviews.php

Tutorial untuk setting domain blogspot ke dot com (tapi masih guna blogspot sebagai hosting) akan menyusul kemudian..Sebab aku tak berapa sihat sket ni, berjangkit dengan H kut..

* Selamat menjebak kan diri dalam kancah domain kawan2 :D hehehe~
Post a Comment