Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, April 30, 2010

Renungan Jumaat - Bagaimana Untuk Berubah Menjadi Lebih Baik

Tips ni aku dpt ms aku gi kursus bina insan kat janda baik bulan lepas tu.

Untuk berubah, ingat 3S

  • Sendiri (Hanya diri kita yg boleh mengubah diri kita sendiri)
  • Sikit-sikit (Jangan terus berubah secara drastik, takut nnt, hangat2 taik ayam sahaja)
    cth: solat di awal waktu, solat sunat sebelum & selepas, puasa hari isnin & khamis dll
  • Sekarang
    Terus mula, jangan tunggu esok lah, minggu depan lah, tahun depan lah, nanti nanti lah

Renung-renungkan dan selamat beramal ^_^ Wallahualam~

Thursday, April 29, 2010

3 Isteri Pingitan

^_^ (sambil tangan tutup2 muka) hehehe~

Kisahnya smlm aku join PM (preventive maintenance) Kiosk dkt Kem Wardieburn..kebetulan lak ada jual2 kat situ..biasalah pompuan, bab jual2 ni laju je kan..huhuhu~ sabar je si hazri menunggu aku memilih brooch..alah hazri, nnt dengan awek, ko kena tunggu camni gak, jadi skrg ko prektis tunggu kakak dulu ye :D

Ni lah hasilnya..sebab geraam menengok brooch epal yg soo chomellss..aku pun beli 3 biji yg sama tapi lain warna, utk syira 1, aku 1 & k.midah 1


(syira, aku & k.midah) dua2 ni ketua aku, Pegawai A.
tapi department aku cool..peg A & B boleh get along gitu

*update

Kasi ZOOooooommmm sket :D


Saturday, April 24, 2010

Watermark Ain

Khas untuk Ain ^_^ (sorry klu tak kena ngan jiwa ain..huhuhu)



Test tempek dkt gambar lak

Friday, April 23, 2010

Ok Tak Pakai Anak Tudung Ni?

Baru beli kat pasar malam semalam.. RM8, sedap jugak dipakai..hajat dihati nak beli dari BUTIK NARA, tapi tak beli2 pun lagi haih...

Tapi best jugak lah pakai anak tudung syria nih! tu je point sebenarnya ^_^ hehehe~


Thursday, April 22, 2010

Special Entry..TQVM Zila!! I Got Prezie Today..Yeaaaa~

Dalam 2 hari lepas, adalah si azila ni SMS aku kata dia belikan aku sumthing masa dia gi SG hari tu..tapi tak sangka lah pulak hari ni aku dah dpt parcel dia..Ala2 terpinga-pinga lak aku masa org pos laju tu call tanya ofis aku belah kiri ke kanan.

Ni lah hadiah nya..macam nak menangis meraung aku ni, sbb aku rasa hadiah ni terlalu mahal utk aku terima..sob sob sob..acik ni mana lah reti pakai benda-benda branded gini..huhuhuh~

Big thanks zila..

TQ Baby Min sbb bagi dkt Aunty Jue


See, bkn aunty jue je yg dapat, uncle H pun dpt skali tau!


Sangat2 cantek..i loike
FM pun ada..yeaaaa!

** ermm..apa nak bagi in return eh

Wednesday, April 21, 2010

Koleksi Janda Baik

Tajuk mengong..tapi ni lah hasil tangkapan ketika di sana..di sana..di sana...

Sekian ~

Tuesday, April 20, 2010

Rebranding My Logo Exchange

Cam poyo je tajuk..huhuhu~ 

DULU



KINI

Aku akan guna ni sebagai logo exchange cum watermark aku je lah ;)

Sunday, April 18, 2010

Menge'test' Watermark

Apa punya tajuk entry ntah..

Malam tadi blogwalk, ada terjumpa satu blog yg jual watermark..sangat2 murah okeh..jadik utk korang yg malas buang masa mengadap photoshop tu, apa kata korang jengah blog ni ==> http://eybizzonline.blogspot.com/

Watermark yg dia buat cantik, kemas, simple, sweet dan semualah :D Harga berbaloi-baloi korang..RM5 je satu!!

Tapi dalam kes aku ni, aku takde lah beli dari blog dia pun, sbb aku rasa aku boleh godek2 brush kat photoshop tu, dan belasah ikut citarasa aku sendiri ^_^

Ni lah hasil watermak aku ;) sendiri buat, sendiri je lah suke..hehehe~



aku & amy masa kursus dia Janda Baik
+
watermark yg baru dibuat tu ^_^

Saturday, April 17, 2010

Ber'Santai'@Tesco Ampang

Semalam lunchie (biasalah jumaat kan, lunch hour panjang), aku follow diorang ni ke Tesco Ampang..pastu diorang ajak makan kat Santai..Ni 1st time aku masuk Santai sbb aku & H mmg bolayan kedai yg crowd gile, sempit dan terpaksa menunggu..huhuhu~



starter kek lah kunun :p
kek dari SR ye..harap maklum

ni pendapat aku;

  • Makanan biasa2 aje (bahasa kerek - tak sedap sgt!)
  • Harga boleh tahan mahal (plg murah RM5.50)
  • Tempat sempit!
  • Kena menunggu
 Tobat klu aku menggedix ajak H makan sini, mau sebulan aku kena kutuk kaw kaw punye!! fuhh, nasib dah test ngan diorang ni :D

Friday, April 16, 2010

Renungan Jumaat - Surah Al Baqarah Ayat 268

Mudah-mudahan semua mendapat manfaat..Amin..




Lukisan: freshie, Credit : I LUV ISLAM


Surah Al-Baqarah, Ayat 268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Friday, April 09, 2010

Streaming Radio Nasyid






Pengakuan ikhlas :

Dulu aku bukan lah penggemar lagu nasyid..teruk kan =( tapi sejak balik kursus hari tu, aku dah mula dengar lagu2 nasyid..

Sebenarnya lagu2 nasyid ni bila dengar sejuk je hati gitu kan ;)


Kut2 lah selera korang pun mcm aku kan, jom lah pakat dengar lagu nasyid dkt Nasyid.fm, Streaming lagu nasyid back-to-back tu..bessst!!!


Ada 2 cara korang leh dengar streaming ni,

  1. Pasang widget radio, sila ambil code dari web Muncet.net
  2. Dengar streaming dari Web Nasyid.FM



    25 best practices in banner advertising

    Pagi tadi check mailbox, dpt email daripada Banner Snack..Rasa mcm menarik pulak kalau tips ni dpt di share bersama..

    Semoga semua yg mendownload boleh mendapat manfaat darinya...Amiin


    Thursday, April 08, 2010

    Asam Laksa @ Giant Batu Caves

    Asam Laksa @ Giant Batu Caves

    Exam is just around the corner

    Isnin ni aku ada exam..Doa-doakan aku yer!


    Buku Perintah2 Am pinjam dgn Syira
    Buku Arahan Keselamatan pinjam dgn library

    Syira dah siap tagging, aku cuma kena belajar skill nak carik jawapan je

    Thanks jugak dkt kawan baik aku INA sbb bagi tips dkt aku camne nak jawap soalan2 tu..aku pun dah share info yg dia bg tu dkt geng-geng seangkatan yg kena amik exam sama dgn aku..Hanya Allah yang dapat membalas jasa ko INA..Amiiin

    Wednesday, April 07, 2010

    Hazri..Nak Sateyyy!!

    Org tu dalam hati ada taman hari ni..Dapat Cek siot..chaissss!! Menayang je lah keje nya

    Muka bangga lah tu ^O^
    (x abis2 mencapub kan budak ni..ngee~)

    banyak tu amaun claim dia..Hidup utk Memberi :D

    Tuesday, April 06, 2010

    Aku Dah Dapat Hadiah Dari NafNaf ^o^

    Korang ingat tak aku penah buat entry pasal AKU BAKAL DAPAT HADIAH DARI NAFNAF? tak igt? tak igt takpe..leh klik --> sini baca

    Dan harinya telah pun tiba, tadi aku dpt parcel :D hoyeh3

    Sila lah jamu mata anda :D TQVM k.nara..sy sgt suke clip tu, handy!


    ini lah parcel saya *wink wink

    merlip merlap kau :D

    kasi test sket!

    cun kan??


    Tima kasih lah bebanyak k.nara sbb bagi sy hadiah ni, even dia buat contest diam2..tup tup pengkomen terbanyak dpt hadiah..manyak syioookk!!

    yang kelakar tu H siap tanya aku "Banyak ke ya tulis kat blog dia" aku jawap "Adalah sket" :D

    Monday, April 05, 2010

    Kunci Kebahagiaan

    Ini antara intipati yg aku dapat masa aku berkursus hari tu..Kursus yang memberi impak positif, mudah2an perubahan ke arah kebaikan itu akan berkekalan..Amin..

    So sharing is caring, bak kata Nizam dkt shoutbox aku, sama2 igt mengingatkan..takde lah blog aku ni tentang happy2 je, pastu ttg tensen2 je, perlu jugak diisi dengan ilmiah supaya rohani kita pun mendapat santapan sewajarnya :D (chewaaah, bole tahan tak ayat aku? hehehe)


    KUNCI KEBAHAGIAN

    1. INGAT tentang
      • Kebaikan Orang
      • Kejahatan Kita
    2. LUPAKAN tentang
      • Kebaikan Kita
      • Kejahatan Orang

    Renung-renungkan dan selamat beramal ~

    Sunday, April 04, 2010

    Lawak Kampus

    Semalam kan balik kg mil dkt Kuala Pilah, so sambil bosan2 takde keje nak buat, geledah2 lah bahan bacaan utk mengisi masa lapang..terjumpa lah buku ni..adoiii, boleh tahan lawak sengal dia..kartun dia pun not bad, simple je..mmg tak jemu lah baca 

    (well, masa skolah dulu aku peminat majalah ujang, harap maklum)


    Saturday, April 03, 2010

    I met dyen after 4 years! ^o^

    I met dyen after 4 years! ^o^

    Teringat hari tu diana a.k.a dyen kata dia dah tak keje di uitm s.a, dah berpindah ke kuala pilah (uitm n9) katanya..kebetulan pulak kitaorg balik kg mil di kuala pilah..apa lagi, terus lah sms dyen..alhamdulillah dia free, so dpt lah jumpa kejap petang sabtu hari tu di KFC kuala pilah.  Dia ada lah suggest dua tempat, masalahnya kitaorg ni mmg tak familiar lsg kedai kat situ, end up, meeting point dkt KFC je lah..
    Rindu sgt..4 tahun seolah sekejap je..last aku jumpa dyen dkt hospital selayang..time tu aku keje kat situ lagi..dia masuk ICU sbb denggi, alhamdulillah tak apa2..

    Walaupun masing2 berjauhan, insyaallah persahabatan tidak akan putus.

    Diana (tudung purple) & Nadia (tudung coklat)

    Friday, April 02, 2010

    Al-Fatihah untuk Din Beramboi

    Since kuar paper 2 hari lepas kata dia dah masuk ICU, aku mula ikut perkembangan dia..Dalam hati ni terdetik jugak, boleh ke arwah sembuh atau akan mengikut jejak langkah arwah loloq & arwah yasmin ahmad?

    Allah Maha Besar, pagi ni otw nk ke ofis aku dgr dkt radio, arwah dah menghembuskan nafasnya sekitar 12.30am mlm tadi.  Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..


    Al-Fatihah



    FADILAT HARI JUMAAT

    Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

    *Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
    *Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
    *Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
    *Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
    *Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
    *Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
    *Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

    Thursday, April 01, 2010

    Saya Demam

    Selepas 2 hari sakit tekak, hari ni saya demam..walaupun suhu badan saya agak panas, alhamdulillah saya segar bugar malahan sy lsg tidak tido disiang hari (agaknya sbb hadap internet kut)

    Sy msk cincai2 jer (sbnrnya hari2 pun cincai, sy mana reti masak yg grand-grand) Nasib en. suami tak cerewet, apa yang ada dia makan jer ;) love u lah yang



    Smbl sotong kurang pekat hari ni,
    nak letak cili boh lebih takut pedas lak..huhu

    Yadda Yadda..Windows 7 Sudaaaa..

    Yer aku tau korang dah lama pakai win7 ni..kasi la chance sket kat aku ni kan..huhuhu~

    Aku mmg dah pakai win7 dkt pc ofis almost 3 months, so far so good..tp tu lah, kat ofis tak penah lah lagi aku guna dreamweaver, jadi tak pasti lah performance ok ke tak..

    So hari ni, aku MC sbb demam..dalam demam2 pun, aku masih lagi gedix menerai win7 ni..Nasib baik smlm sempat cilok CD faizal ;)

    Pendek kata best lah..tp nanti2 aku kena upgrade RAM aku..terasa jugak slow nye nih..