Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Tuesday, March 09, 2010

Tips Temuduga Berkesan

Masa blog walk, aku terjumpa lah satu blog ni, antara entry dia yg menangkap mata aku adalah pasal tips temuduga..dulu2 ms aku tgh kalut duk carik keje tetap mmg tak terjumpa la pulak blog yg bg tips gini, skrg ni ada lah pulak..so aku igt nak share lah sini, kut2 lah sesapa yg rasa boleh diguna pakai, sila lah guna pakai..all the best to you guys

Credits : http://namakuhafiz.blogspot.com


1. Pakaian seperti anda ingin bekerja
Ada sesetengah syarikat yang tidak mengkehendaki pemohon untuk berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak bersikat rapi.
Kebanyakan penemu duga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi, memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.
2. Buat kajian
Pastikan sebelum menghadiri temu duga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.
3. Jangan lambat
Jangan lambat menghadiri sesi temu duga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.
4. Tanya soalan
Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?
*Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?
*Adakah sebarang persoalan yang bermain di fikiran tuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri saya?
*Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?
*Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?
5. Ucap terima kasih
Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada majikan sebelum dan selepas temu duga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.
Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.
Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.
Post a Comment