Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Friday, February 12, 2010

My 2nd Choc Cake in February

Alkisahnya aku dah buat choc cake awal bulan hari tu..tp aku dah pau half of cake bawak ke ofis nk bagi geng aku ni makan..Dua hari pastu si H mcm ckp lagi "nnt tlg buatkan kek lagi yer"..

Jadiknya malam td aku pun buat lah lagi skali..tapi topping pagi tadi baru buat..nasib senang je nak buat..klu leceh, aku pasti takkan buat punye lah..huhuhuh~


kek 1 4/2/2010
                                                                                    
kek 2 11/2/2010

RESEPI KEK COKLAT KUKUS

-->
Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
4 biji telur (kalau saiz telur besar, 3 biji sudah memadai)




Cara-cara


1. Ayak serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, susu manis, telur, baking powder & soda bikarbonat sehingga sebati (boleh pakai mixer tapi sy pakai yg ‘pelecek’ mcm zmn org dulu2 buat kek tu je)
2. Masukkan tepung gandum dan ayak lagi sehingga sebati.
3. Tuang ke dalam acuan.
4. Panaskan periuk kukus, apa air dah gelegak..masukkan bekas acuan ke dalam periuk kukus.
5. Kukus selama 1 jam 15 minit (atau boleh cek kek dah masak atau belum dengan cara mencucuk garfu ke dalam kek tadi)
6. Biarkan sejuk dan boleh lah dihias dengan topping



Topping CARA JUE

Bahan-bahan


1 cawan serbuk coklat 
1 sudu minyak masak
2 sudu susu pekat
5 sudu susu cair (boleh ditambah kemudian sekiranya terlampau pekat)

Cara-cara

  1. Masukkan bahan-bahan ke dalam periuk/bekas yg sesuai
  2. Panaskan atas api yang perlahan dan kacau supaya tidak berketul2
  3. Sekiranya terlalu pekat, sila tambahkan susu cair
  4. Rasa topping dengan jari utk pastikan pahit & manisnya sekata
  5. Tutup api dan boleh lah di lumur (hambik..lumur kau) ke atas kek tadi

    Sedia utk dihidang :)




Post a Comment