Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Friday, September 25, 2009

Nasi Dagang

Mak aku org terengganu, untuk family kitaorg, setiap kali raya, Nasi Dagang akan jadi menu utama..Kenapa mak aku time raya baru nak buat? sbbnya nak buat nasi dagang ni 'renyah', klu takat nak makan ciput, tak berbaloi utk mak aku buat..so bila raya, sekali buat sebesen nasinya, ramai org dpt makan, penat pun rasa berbaloi gitu

why renyah? sbb nak masak nasi saje amik masa 4 jam..dalam masa 4 jam tu kena 2x kukus..huhuhu~ tp aku lum belajar lagi camne nak buat nasi dagang ni, kalau tak kena gaya, rasa dia tak sama, silap2 jadik mcm yg kat pasar malam tu je, di bantai wat kuah kari je dek penjual..tp ada jugak la hat kat pasar malam tu sedap =)

* renyah = leceh

Beras pulut direndam semalaman, keesokannya baru boleh dikukus

Ikan tongkol digunakan sbg lauk
direbus terlebih dahulu
Ramuan utk buat kuah-dikisar semua,
aku dah lupa lah mama campur apa ntah lagi
Gambar ni hasil selepas di kukus kali ke-2

Kukus 1 : Angkat dan gaul rata dengan air,
kemudian dikukus lagi sehingga nasi betul2 masak

Kukus 2 : Angkat dan gaul rata dengan santan

Walaupun digaul dgn santan, nasi boleh tahan hingga ke malam, tak basi

Hasil kuah, aku malas nak kacau2 bg nampak ikan,
ikan tenggelam kat dlm periuk :p
Inilah hasilnya..tadaa..
dimakan bersama-sama acar timun & carrot

* kalau org tak biasa makan, mgkn tak pandai nak makan nasi dagang ni,
nasib H jenis boleh makan je semua =)
Post a Comment