Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Tuesday, September 08, 2009

17 Ramadhan 1430

Sekejap je masa dah berlalu, bak kata H, ramadhan pun dah nak tinggalkan kita cepat2..mungkin gara2 hari-hari aku duk bercerita betapa ramainya umat islam dkt malaysia ni yg tak berpuasa dan menganggap bulan ramadhan mcm takde apa-apa bg mereka..nauzubillah..

ni bukan gossip, bukan ckp org, tp depan mata aku sendiri..bukannya tak tau hukum hakam, tapi ntah la, siap ckp 'hisap rokok tak apa, asap je'..mengucap aku dlm hati..

yg sihat walafiat pun selamba je tak berpuasa..yg aku tak tahan tu, bila call, ayat pertama keluar dari mulut 'assalamualaikum bla bla bla' bukan main lagi ek..

tahun ni kira aku extra rajin la :D (puji diri sendiri), setelah 16 hari berpuasa, smlm baru kitaorg bukak puasa kat luar..tu pun bukak puasa kat umah dulu, sbb tak nak berebut dgn crowd..

starter kat rumah, buah kurma + soya sirap yeos + ais krim, lepas solat baru keluar..we had pizza, lama gile tak pegi sbb frust 'cool lime chicken' takde..even skrg pun still takde menu tu, tp H terasa nak makan bedal je la apa yg ada..yang pasti cool lime chicken gak yg sedap, pehal la pizza stop kan menu ni kan..tak faham tul!

*raya dah tak lama, mak aku hari-hari menjerit kat umah sbb baju org tak siap lagi :D ngeeeee~

Post a Comment