Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Sunday, August 30, 2009

Rezeki Mama



Alhamdulillah, tahun ni ramai jgk org yg tempah baju dekat mama berbanding dengan tahun lepas..masa dkt Kedah dulu mmg sll terima tempahan sbb regular customer ramai, tp sejak pindah sini thn 2007, tukang jahit area sini pun dah ramai, kira macam rezeki masing-masing lah..alhamdulillah kali ni rezeki mama

Saturday, August 29, 2009

Selamat Hari Merdeka

sempena nak sambut merdeka ni, aku kasi up lagu semangat sket :D

Tajuk : Kita Boleh
Penyanyi : Kumpulan 6ixth Sense

DOWNLOAD MP3



credit mp3 : http://www.getalyric.com/listen/lz-mAqZL_Us/kita_boleh_by_6ixth_sense

Selongkar Kenangan Lama

dkt fb, memasing tgh gile duk up gambar2 lama :D kelakar je tgk muka memasing..pastu pakat duk gelak..

aku nak kasi up sini lah sikit, sambung gelak sini lak..

Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman
Darjah 5 rasanya, ada event apa ntah

Sekolah Menengah Ibrahim, Sg. Petani
Tingkatan 2 - Pancaragam Sekolah
Sekolah Menengah Ibrahim, Sg. Petani
Tingkatan 3 - Pancaragam Sekolah
Sekolah Menengah Ibrahim, Sg. Petani
Tingkatan 1 A
Sekolah Menengah Ibrahim, Sg. Petani
Tingkatan 2E
Sekolah Menengah Ibrahim, Sg. Petani
Tingkatan 3D
Sekolah Menengah Ibrahim, Sg. Petani
Tingkatan 4 Science 3
Sekolah Menengah Ibrahim, Sg. Petani
Tingkatan 5 Science 2
Ni geng-geng aku ms skolah dulu
dari kiri : nurul anissah, mazliha, aku, noorhafiza, norazlina,
mardiana, zaleha, hazlina, siti farahayu


Ms sekolah dulu, setiap geng-geng ada nama,
ada geng 'duck-wah', geng 'lady-like'
geng aku nama : 'nv girls' kekekeke~


Yg ni ms Part 1 - ITM Shah Alam 1998
asal jumaat je nak bergambo, aduh la


Saban hari umur kita semakin meningkat, gambar2 ni je la yg dpt mengigatkan kita pd kenangan dulu

** jgn tak tau, cikgu masa zmn skolah join komen kat gambar FB aku, adeh nasib takde yg kutuk mengutuk :p klu tak malu sendiri jela..apa pun geng aku mmg baik ngan cikgu tu even dia dikenali sebagai cikgu yg garang :D

cikgu tu komen dengan msg:
Salam anak2 semua.....amboi seronok kan buka cerita2 lama...selamat berpuasa

Friday, August 28, 2009

Testing Satu Dua Tiga..Celcom Broadband


postpaid - 3.6mbps, fair usage 5G, RM98 montly
prepaid - 384mbps, unlimited usage, RM20 weekly

dah 2 hari aku testing guna prepaid je, so far so good, coverage baek cuma tu la..kalu dari 3G drop ke GPRS, hancurrr!! semua page takleh bukak

mlm tadi ada try guna postpaid kejap, aku rasa cam sama je kelajuan dia, tak terasa sgt beza

tis week nak blk kg, nnt aku kasi tau coverage luar KL ok ke tak
as long status 3G - H,
surfing smooth je, siap leh layan streaming radio kat blog ni

Thursday, August 27, 2009

Entri Lewat

hajat hati nak wish la selamat berpuasa minggu lepas, tp dgn masalah internet yg ting tong toing ni, hajat tak kesampaian..tapi tak kira..aku nak jugak wish slmt berpuasa even kita dah masuk hari ke-6 berpuasa :D

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA ;)

Wednesday, August 19, 2009

2 Tahun


180809 semalam genap lah 2 tahun kitaorg kawen, takde celeb apa pun sbb tiba2 ada hal yang tak dpt dielakkan, cuma sempat beli kek je la

hajatnya lepas 'hal yg tak dpt dielakkan tu', nak la pecut ke s.a carik kek sedap kat sek. 18, tapi hujan ribut petir bagai, malas la nak redah, end up beli kek kat selayang je, tak memenuhi citarasa sgt tapi boleh jela (tak baik ckp makanan tak sedap..huhuhu)

semoga kami akan terus tabah menghadapi
hari2 mendatang bersama, amiin

Saturday, August 15, 2009

Unplanned Trip For Two - Cameron Higlands

kitaorg pergi isnin minggu lepas, even H mmg dah ambik cuti, tp sampai ke Ahad malam pun kitaorg belum decide mana mau pegi

memula kitaorg igt nak gi melaka je, saje jalan2, makan2, amik gambar then blk lah, tp dgn kes H1n1 ni, kitaorg cuba la avoid tempat2 camtu (mudah2an dengan izinNya, sakit ini dapat dijauhkan) - harus rat kata statement aku poyo :p

pepagi isnin lepas subuh, aku pun packing2 la baju, dalam pukul 8 lebih camtu kitaorg pun bertolak (takde la pagi mana pun kan, hehe) kitaorg lalu jalan lama je

kuala kubu baru --> ringlet --> tanah rata --> brinchang

jalan mmg mcm ular la haih bengkang sana bengkok sini, tapi kitaorg menikmati setiap selekoh2 tu (laki aku kan ala2 pencinta alam gitu) its kinda fun anyway :D

enjoy yourself
(tgk la betapa happy nya aku, mcm budak2)

Sebelum sampai ke Tanah Rata, korang akan jumpa 1 kedai teh ni tepi jalan, bukak payung je, lupa plak aku nak amik gambar full..air dia murah RM1.50 per cup..sedap gile..

Selepas pening-pening lalatz, kita minum dulu secawan
segar je mata sambil menikmati alam yang hijauuuu

lps minum, kitaorg teruskan lagi perjalanan..tadaa..dah sampai ke Tanah Rata

Pekan Tanah Rata

memandangkan kitaorg datang ni 'unplanned', mmg series tak tau mana nak tido pun ni..pusing pusing sekitar Tanah Rata ni, hotel mmg lah berlambak, tapi kang duit tu cukup ke tak :D faham2 je la..kami bukan berduit sgt pun dan bukan juga org yang ber'kad', kang over expend jenuh tak blk selayang la pulok

PMR Tanah Rata

Kebetulan pulak nampak Pusat Maklumat Rakyat ni tepi jalan..korang jangan tak tau, di PMR ni korang boleh dapatkan info, so aku+H pun masuk, minta pendapat staff yg bertugas di kaunter tu dan kitaorg pun ada jugak guna internet utk ushar rate, servis di sini FREE OF CHARGE okeh..lps ushar web sana sini, kitaorg pun decide nak cari hotel kat area Brinchang jer..utk ke Brinchang kena naik lagi dlm 5km gitu

Rosa Pasadena - 3 Stars hotel
facilities ok - wifi, internet, astro (limited channel)


Kitaorg pilih Hotel Rosa Pasadena, lepas je check-in, kitaorg solat zohor - kuar makan - jalan2 sekitar situ - solat asar, then baru kitaorg start aktiviti pusing-pusing area Brinchang n Tanah Rata

ni jela beberapa tempat yang kitaorg sempat pergi, jom layan gambar :D

1. Healthy Strawberry Farm
Lokasi : Tanah Rata

sayang sekali musim menuai tu jatuh bulan 9, bulan puasa ada ke org nak gi bercuti? adehhh, klu tak boleh aku petik buah strawberry kan

kalau korang datang sini, jangan lupa cuba Strawberry Ice Cream dia..sedappp, cuma RM5 satu





Strawberry Ice Cream - RM5

2. Cactus Valley
Lokasi : Brinchang

tapi kitaorg tak masuk, aku mcm malas nak panjat bukit, so pusing luar2 je lah


3. Strawberry Moment
Lokasi : Brinchang

Kitaorg datang sini sbb kedai dia comel sgt..warna tema harus lah strawberry, memula igt ni kedai cina tp sbb ada nampak customer melayu memborong dari kedai ni, harus la kitaorg masuk n cuba

korang patut cuba..and again..sedaapp :D (well kitaorg mmg suke makan..sbb tu badan pun chicky chicky boom boom dua-dua orang)


4. Gerai Buah Durian
Lokasi : Brinchang

Lepas solat maghrib, kitaorg sambung lagi (klu ikut penat kaki aku ni, dah malas dah kut..hehe) tp H kata dia nak cuba local durian..lagipun tak jauh sgt, belakang hotel aku tu je..semua lokasi dkt Brinchang ni bole jalan kaki saje dari Hotel Rosa Pasadena tu, sbb hotel tu terletak di tengah2, semua mengelilingi dia, very convenient kan



5. Kedai berdekatan dengan Hotel De La Ferns
Lokasi : Tanah Rata

Di sini korang leh jalan2 cuci mata, strawberry kat sini segar, siap jual lagi sepasu RM25 je..tp aku tak beli pun takut tak berjaga n..tapi geram la tengok



6. Cameron Bharat Tea House
Lokasi : Tanah Rata

Sebelum korang balik tu, elok la singgah sebentar kat sini, boleh beli teh, souvenier dan mungkin juga secawan teh dan 2 ketul scone :D tapi teh kat sini tak sedap, aku tak suke tapi H suke je..uhuk~

yang bestnya..angin sepoi sepoi & dengan permandangan yang seluas2 luas bukit depa pi tanam teh..huhuhu~



kitaorg pergi sekejap je, hari ni dah nak balik..so dua hari kat sini kerjanya makan je la..gile penuh perut..apa pun alhamdulillah syukur


Bermula lah jalan bengkang bengkok


7. Lata Iskandar
Lokasi : Ringlet rasanya, aku pun tak pasti lah

Kitaorg singgah ambik gambar je, takde la bemandi manda pun..

dekat Lata Iskandar ni ada satu kedai antik, syiok je layan barang2 kat kedai tu



Overall, we had a blast :D even unplanned, we enjoy every single moment that we have :D

Friday, August 14, 2009

Mari Undi - Malaysia Satu by Audi Mok

aku first time dgr lagu ni dkt radio smlm, gile best..rasa mcm nak berkawad..semangat gile..aku rasa lagu ni patut menang..kalau tak menang pun, aku tetap suke..bestttt faizal tahir nyanyi

untuk undi sila klik SINI sape yang teka kedudukan lagu dengan tepat boleh dapat blackberry, so sesapa yg rajin tu gi lah teka :D aku malas nak predict, aku msk situ sbb nak layan lagu audi mok je :D org lain wa tatak dengar pun lol

korang leh dgr lagu ni dkt web link tertera di atas, atau boleh download sini
Malaysia Satu - Audi Mok

tapi klu aku nak kena saman nanti, harus aku delete link tu..ni broadcast haram ni, tp apa pun, niat aku nak korang dengar betapa bestnya lagu audi mok ni, tu je..uhuk~



Malaysia Satu

Lagu : Audi Mok
Lirik : Nur Fatima
Penyanyi : Faizal Tahir

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara
janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara
janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang, kita menjadi
kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara
janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Bakar & Makan

Koh3, ntah hape2 tajuk entry..belasah je, out of title dah..alhamdulillah seperti yg dirancang sblm ni, last week kitaorg balik sg besar..yippie syiokk..even umah aku bukan la ada apa sangat, tp aku tgk H bole tahan excited jugak, beberapa hari sblm balik tu dia siap cakap 'yeaa, nak balik umah mama', muskil lak aku, mak aku ke mak dia nih :p

kitaorg bawak nono skali, dah alang2 kan, saje nak memeriahkan umah lagi suasana

Kalau datang sg. besar, jangan lupa singgah beli
air mangga RM 1 dan buah mangga, aku sll beli dkt traffic light
simpang 3 ke Pasir Panjang..manis gile buah dia

this time balik kampung kitaorg takde pun memancing, sian H, sllnya blk mesti dia mancing, tp kali ni sibuk membakar ikan je..sabtu malam kitaorg dah start dah bakar membakar, mama yg buat perap tu (aku tak dan tgk la mama wat camne, next time klu nak buat kena sms la tanya kut)

Sambil membakar, kita disajikan dengan lagu2 dari pemain gitar parit
(normally org guna jalanan) dan penyanyi latar :D keke3 u know who

aktiviti bakar membakar ni bukan abis takat sabtu malam je, kemaruk bersambung ke esok paginya pulak :D H la tukang bakar dari malam bawak ke pagi..hehehe~ tq sayang for all the effort

gile asyik masyuk melayan ikan bakar tepi sawah
sambil angin sepoi2 menampar pipi :D
kitaorg ratah ikan begitu saje..dapp ee dapp ee

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah - Ustaz Asri Rabbani Meninggal

aku bukak je blog, terus aku ternmpak entry dari BeautifulNara pasal Ustaz Asri Rabbani meninggal

even aku tak kenal ustaz asri personally, tapi aku agak terkejut..terus aku klik link tu dan baca, dari web tu, katanya ustaz asri meninggal sbb sakit jantung

aku tak tau lah org lain mcm mana penerimaannya, tapi utk diri aku sendiri, sejak kematian arwah Yasmin aku ni mcm still terkejut lagi..lepas je arwah yasmin, aku dgr pulak dkt berita di tv kata ada seorang polis yg jaga utk lumba basikal tiba2 jatuh moto dan meninggal di tempat kejadian, hari ini pulak ustaz asri.

apa pun al-fatihah untuk mereka, kita ni entah bagaimana..wallahualam

Friday, August 07, 2009

Restoran Te Amor - Subang Perdana



Lokasi : Subang Perdana (bangunan belakang Bank Rakyat Subang Perdana)
Specialty : Steak & Steamboat
Map : Sila skroll ke bawah sekali

Aku YM ngan ina tadi, ada la aku tercakap pasal steamboat ni, ina berminat nak tau lokasi tu..alang2 aku up la dkt blog, selain ina boleh jugak org lain yg duduk berhampiran situ tapi tak pernah pegi, boleh la mencuba lps baca entry aku ni :D

ina..entry ni utk ko..rerajin atau ada masa nnt meh la datang la sini yer (tukang promote free..heheh)

KENAPA aku berminat nak promote ?
Sebab restoren ni restoren biasa-biasa sahaja tetapi makanan dia semua sedap-sedap..pendek kata cukup rasa, cukup segala, portion besar tak kedekut, sos steamboat pun sedap, sos utk chicken chop pun sedap..

HARGA ?
Harga amat berpatutan, dan aku yakin ramai yg tak kisah bayar mahal sket asalkan sedap..betul tak? tapi sini mmg murah lah

Jom layan gambar..

** kualiti gambar kurang memuaskan sbb pakai hp phone sahaja + gelap, kena enable flash, terus kiok gambar aku..bedal je lah


gambar aiskrim ni dah snap lama,
waktu siang, so gambar pun ok sket


mushroom soup
chicken chop - blackpepper sauce
ada pilihan jugak klu nak mushroom sauce, sedap jgk

ni hidangan steamboat for 2
aku dgn H saje, so cukup lah
steamboat for 2 = RM33


PETA LOKASI

Dari KL - menghala ke Subang Airport, selepas jumpa Subang Airport, Jalan terus sehingga jumpa traffic light simpang 3, masuk kiri, ada shop lot belah kanan..Bank Rakyat ada belah kanan tu..so carik la kat bangunan belakang2 tu yer

credit : http://www.dromoz.com/directory/place/?id=7468

Wednesday, August 05, 2009

Menikmati Hasil Tempatan

seperti yang dirancang, alhamdulillah kitaorg selamat jugak balik ke kuala pilah dan alhamdulillah selamat sampai semula ke selayang..even balik kjp je, tp ok la tu (ikut gaya saida ye kawan2)

hari sabtu tu, lps zohor baru kitaorg bertolak, mak aii, jalan bapak jem..puas berpusing..

alhamdulillah..skali berenti je utk solat asar..kul 7pm dah sampai kuala pilah..

DISCLAIMER : Sila jangan terliur melihat buah2an tu yer :D sedappppp ~ hehehe

cara tradisional tak mo bagi buah pecah :p

sian H, kena gigit penyengat,
terus alergi satu badan, naik bijik2..
esoknya terus demam lol MC